Header Ads

Kajian Kitab Riyadhus Shalihin (BAB 2 TAUBAT) #2

بسم الله الرحمن الرحيم


Kajian Kitab Riyadhus Shalihin


BAB 2 TAUBAT


🎙Oleh Shaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin sukoyo Al Indonesia Al Jawiy Al Qudsy حفظه الله


3. وعن الأغر بن يسار المزنى رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏"‏ ياأيها الناس توبوا إلى الله واستغفروه فإنى أتوب في اليوم مائه مرة‏"‏ ‏
(‌‏(‏رواه مسلم‏)‌‏)‌‏.‏


Artinya :

Dari Aghar bin Yasar al-Muzani رضي الله عنه  katanya: Rasulullah ﷺ bersabda:

"Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripadaNya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali." (Riwayat Muslim)

3. وعن أبي حمزة أنس بن مالك الأنصارى خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم، رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏ لله أفرح بتوبة عبده من أحدكم سقط على بعيره وقد أضله في أرض فلاة ‏"‏ ‏(‌‏(‏متفق عليه‏)‌‏)‌‏.‏

وفى رواية لمسلم‏:‏ لله أشد فرحا بتوبة عبده حين يتوب إليه من أحدكم كان على راحلته بأرض فلاة، فانفلتت منه وعليها طعامه وشرابه فأيس منها، فأتى شجرة فاضطجع في ظلها، وقد أيس من راحلته، فبينما هو كذلك إذا هو بها، قائمة عنده ، فأخذ بخطامها ثم قال من شدة الفرح‏:‏ اللهم أنت عبدي وأنا ربك، أخطأ من شدة الفرح‏"‌‏.‏


Artinya :

Dari Abu Hamzah iaitu Anas bin Malik al-Anshari Radhiyallahu Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahhu Alaihi wa Sallam, katanya: Rasulullah Shallallahhu Alaihi wa Sallam bersabda:

"Nescayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah yang luas." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan demikian:

"Nescayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya ketika ia bertaubat kepadaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang berada di atas kenderaannya - yang dimaksud ialah untanya - dan berada di suatu tanah yang luas, kemudian menyingkirkan kenderaannya itu dari dirinya, sedangkan di situ ada makanan dan minumannya. Orang tadi lalu berputus-asa. Kemudian ia mendatangi sebuah pohon terus tidur berbaring di bawah naungannya, sedang hatinya sudah berputus asa sama sekali dari kenderaannya tersebut. Tiba-tiba di kala ia berkeadaan sebagaimana di atas itu, kenderaannya itu nampak berdiri di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Oleh sebab sangat gembiranya maka ia berkata: "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu". Ia menjadi salah ucapannya kerana amat gembiranya."

Audio di dapat dari Al Akh Wan Perwira Wan Adam Almalayzy حفظه الله 

بارك الله فيكم
Sumber Channel Telegram: رياض الصالحين


Diberdayakan oleh Blogger.