Kajian Kitab Riyadhus Shalihin (BAB : 11: MUJAHADAH) #8
بسم الله الرحمن الرحيم
Bab 11: Mujahadah
🎙Oleh Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin sukoyo Al Indonesiy Al Jawiy Al Qudsy حفظه الله
Hadits 8
Dari Abu Abdillah, iaitu Hudzaifah bin al-Yaman al-Anshari yang terkenal sebagai penyimpan rahsia Rasullah
ﷺ, radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya bersembahyang beserta Nabi ﷺ pada suatu malam maka beliau membuka - dalam rakaat pertama - dengan surat al-Baqarah. Saya berkata: "Beliau ruku' pada ayat keseratus, kemudian berlalulah." Saya berkata: "Beliau bersembahyang dengan bacaan tadi itu dalam satu rakaat, kemudian berlalu."
Selanjutnya saya berkata: "Beliau ruku' dengan bacaan di atas itu, kemudian membuka - dalam rakaat kedua - dengan surah an-Nisa' lalu membacanya,kemudian membuka lagi -sebagai lanjutan-nya - surah ali Imran, kemudian membacanya.
Beliau ﷺ membacanya itu dengan rapi sekali -tidak tergesa-gesa - jikalau melalui ayat yang di dalamnya mengandungi pentasbihan - memahasucikan -beliaupun mengucapkan tasbih, jikalau melalui ayat yang mengandungi suatu permohonan, beliau pun memohon, jikalau melalui ayat yang menyatakan berta'awwudz -mohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu yang tidak baik, beliau pun berta'awwudz - mohon perlindungan.
Kemudian beliau ﷺ ruku' dan di situ beliau mengucapkan: Subhana rabbtal 'azhim. Ruku'nya adalah seumpama saja dengan berdirinya - yakni perihal lamanya hampir persamaan belaka -selanjutnya beliau mengucapkan: Sami'allahu iiman hamidah. Rabbana lakal hamd," lalu berdiri dengan berdiri yang lama mendekati ruku'nya tadi. Seterusnya beliau bersujud lalu mengucapkan: Subhana rabbial a'la, maka sujudnya itu mendekati pula akan berdirinya - tentang lama waktunya." (Riwayat Muslim)
Semoga mendapat faedah-faedah dan manfaatnya
إن شاء الله
بارك الله فيكم
Sumber Channel Telegram: رياض الصالحين