Header Ads

Syaikh Muqbil Bin Hadi Al Wadi’iy Muhaddits Salafiy Murni Bukan Khawarij Ataupun Jihadiy

Sumber Channel Telegram: dars_syaikh_abu_fairuz

Syaikh Muqbil 
Bin Hadi Al Wadi’iy 
Muhaddits Salafiy Murni 
Bukan Khawarij Ataupun Jihadiy

Penulis Al Faqir Ilallah: 
Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al 
Indonesiy Al Qudsiy Ath Thuriy
 –semoga Allah memaafkannya


Bab Satu: Hakikat Khawarij
Sebenarnya para teroris atau pengganas tadi di dalam istilah yang diberikan oleh Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah Khawarij, kerana mereka itu melakukan pemberontakan (khuruj) terhadap ulil amr. Karakter mereka sangat jelas, di antaranya adalah:

Pertama: berlebih-lebihan di dalam memahami agama dan menerapkannya,
Kedua: sewenang-wenang mengkafirkan orang lain yang berbuat dosa besar,
Ketiga: membolehkan pemberontakan terhadap pemerintah dan kaki tangan negara yang dianggap bersalah dan berbuat dosa besar.
Keempat: tidak mahu taat pada nasihat para ulama dan ketentuan para umara, sekalipun nasihat dan ketentuan tadi sesuai dengan dalil-dalil agama. Itulah para ekstrimis yang sebenarnya, para pengganas dan pembuat kerosakan terhadap bangsa dan negara. Mereka itu musuh kita bersama. Akan tetapi manakala mereka di dalam gerakan-gerakan batil tadi mengunakan istilah “Jihad”, istilah yang agung dalam firman Allah dan Sabda Nabi-Nya صلى الله عليه وسلم tadi menjadi buruk citranya. Maka pada kesempatan yang singkat ini saya istikharah pada Penguasa alam Semesta, memohon taufiq pada Pemegang ubun-ubun seluruh makhluk, untuk meluruskan pandangan yang keliru terhadap Asy Syaikh Al Muhaddits Muqbil dan para murid beliau yang setia.

Bab Dua: Kenyataan Yang Menyedihkan
Pandangan keliru semacam tadi wajar terjadi kerana kesalahfahaman, atau fakta yang dirubah-rubah oleh sebagian kelompok yang tidak suka, atau penyimpangan sebagian orang yang pernah belajar di Madrasah Asy Syaikh Muqbil tapi dia tidak setia pada ajaran Allah dan Rasul-Nya صلى الله عليه وسلم yang diajarkan oleh para ulama di Madrasah tadi. Adalah wajar di setiap kotak epal, ada epal yang kualitinya buruk. Dan tidak boleh keburukan epal tadi menyebabkan seluruh epal di kotak tadi juga dianggap tercela jika pemiliknya telah bersungguh-sungguh melakukan penapisan dan penjagaan dengan sekuat tenaga. Maka wajar pula jika di setiap sekolah (bahkan sekolah terbaik) ada murid yang nakal dan derhaka. Dan tidak boleh kenakalan murid tadi menyebabkan seluruh guru dan murid di sekolah tadi dianggap tercela, jika mereka tidak tahu akan kenakalan tadi.

Begitu pula jika mereka tahu hal itu, lalu mereka menentang kenakalan murid tadi dan telah berusaha memperbaikinya tapi diderhakai, dan mereka mengusir murid yang sangat nakal tadi. Begitu pula jika ada murid yang selama di Madrasah tadi nampak baik, lalu dia berubah menjadi jahat setelah lama meninggalkan Madrasah tadi, maka tidak layak sama sekali jika kejahatan dia itu dinisbatkan pada Madrasah tadi, sementara segenap guru dan para murid yang setia tidak menyetujui kejahatan macam tadi.

Al Qaedah dan semacam mereka itulah para perosakdi muka bumi, dan mereka adalah orang-orang yang merosak nama baik Muslimin secara umum dan Salafiyyun secara khusus. Al Qaedah itulah yang menculik sebagian da’i Salafiyyin yang ada di Yaman wilayah selatan, menyeksa mereka selama berhari-hari, mendebat mereka agar meyakini akan kafirnya pemerintah dengan alasan bahawasanya pemerintah tadi adalah thaghut, dan Al Qaedah menuntut para dai Salafiyyin agar turut memberontak bersama mereka terhadap pemerintah Muslimin. Maka saudara-saudara kita yang mulia tadi tetap kukuh di atas manhaj yang benar dan bersabar dalam memikul seksaan para khawarij tadi sampai Allah ta’ala mendatangkan jalan keluar dengan datangnya pesawat tempur pemerintah Yaman yang menyerang sarang-sarang Al Qaedah di daerah situ, hingga orang-orang tadi berlarian, lalu Allah menyelamatkan para juru dakwah Salafiyyin yang tertawan tadi dan mereka datang mengunjungi kami di Darul Hadits di Dammaj dan bercerita pada kami akan kisah yang mereka alami.

Para Al Qaedah tadi beberapa kali membuat lagu-lagu atau syair yang berisi sindiran pada para Salafiyyin: “Sampai kapankah kalian memegang pena dan kertas?” “Kalian adalah pondan, tidak berani memegang senjata”. Akan tetapi para pelajar Salafiyyin tetap istiqamah di atas ibadah dan belajar, tidak terpengaruh oleh sindiran-sindiran tadi.

Lalu para anggota Al Qaedah membuat syair-syair ancaman terhadap para pelajar Salafiyyin. Akan tetapi para pelajar Salafiyyin tetap istiqamah di atas ibadah dan belajar, tidak terpengaruh oleh ancaman-ancaman tadi. Maka bagaimana setelah ini dikatakan bahwasanya para Salafiyyun adalah ISIS atau anggota Al Qaedah atau 
semacam itu? Tentunya ini adalah tuduhan yang menyedihkan hati.

Disebutkan dalam biografi Asy Syaikh Muqbil هللا رحمه bahawasanya beliau sedang sakit keras. Ternyata beliau ingin keluar untuk mengajar. Seorang murid berkata pada beliau: “Wahai Syaikh, Anda sedang sakit, biarlah yang lain yang 
menggantikan Anda untuk mengajar.” Beliau menjawab: “Tidak, demi Allah aku tak mahu meninggalkan wajah-wajah yang baik itu.”

Pernah pada suatu hari beliau keluar untuk melangsungkan kelas-kelas beliau dalam keadaan tangan beliau diperban dan diikatkan ke leher beliau. Maka seorang murid bertanya pada temannya tentang apa yang terjadi pada beliau? Mereka menjawab: “Beliau jatuh ke tanah di dalam rumahnya.” Dan beliau tidak meninggalkan dars-dars sampai sembuh.

Di tahun-tahun terakhir juga jantung beliau rosak parah, tapi beliau tetap dengan sabar terus mengajar. Bahkan ketika beliau terpaksa berubat keluar negeri; beliau merasa sangat rindu pada markiz dan para murid. Terkadang beliau mengingat mereka sambil menangis seraya berkata: “Mereka adalah anak-anakku.”

Bagaimana ulama yang mulia dan sangat agung tadi dituduh mengajarkan ajaran-ajaran khawarij dan sebagainya? Tentulah ini merupakan tuduhan yang menyakitkan. Asy Syaikh Muqbil هللا رحمه dengan sebab beliau tidak mahu mengikuti pujuk rayu Jama’ah Jihad dan Jamaah Juhaiman, beliau diejek oleh sebagian Khawarij dengan perkataan mereka:
كان مقبالً واآلن مدبراً

“Dulu dia itu Muqbil (maju ke depan) sekarang dia itu Mudbir (mundur ke belakang)”. Beliau bukan maju ataupun mundur sesuka hati, tapi beliau setia dengan Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman Salaful Ummah. Maka bagaimana beliau dituduh mengajarkan ajaran pengganas? Tentunya ini menyayatkan hati.

Demikian pula pengganti beliau: Asy Syaikh Al Muhaddits Yahya Al Hajuriy هللا حفظه, saat presiden Ali Abdullah Solih diberontak dan didemonstrasi, Asy Syaikh Yahya gigih melarang perbuatan macam itu, bahkan saya mendengar sendiri saat di kelas umum di hadapan ribuan murid, beliau berkata: “Aku bersama Ali Abdullah Solih”.

Berkali-kali Syaikhuna Yahya هللا حفظه didera oleh penyakit badan, terkadang sampai diinfus, terkadang sampai melipatgandakan kadar ubat yang harus dikonsumsi. Sekalipun demikian, belum pernah saya melihat beliau membolos dari jam mengajar kerana sakit. Terkadang sakit tersebut boleh beliau sembunyikan selama jam pelajaran berlangsung, terkadang tampak dari raut wajahnya. Tapi tidak pernah beliau mengeluh di hadapan kami.

Beliau tahu jika beliau sering tidak mengajar keranasakit (walaupun banyak pengajar yang lain), nanti murid cenderung sering tidak hadir dalam pelajaran, dan hal itu boleh jadi menyebabkan pemikiran-pemikiran yang ekstrem dan menyimpang akan sedikit demi sedikit menjangkiti mereka. Terkadang beliau menemani kami (para pelajar dan para tamu) di ruang tamu untuk makan siang untuk memuliakan hadirin, dalam keadaan beliau berbaring ke samping kerana sakit. Maka bagaimana ulama yang sangat mulia macam ini dituduh mengajarkan ajaran ekstrem, jihadi dan sebagainya? Tentunya ini menyedihkan.

Baca selengkapnya disini
Diberdayakan oleh Blogger.