Header Ads

Dan asal dari ibadah adalah pengharoman

Sumber Channel Telegram: @Maktabahfairuzaddailamiy's

🎙oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Indonesiy Aljawiy حَفِظَهُ اللّٰه 



Kaedah
الأصل في الأشياء الدنياوية الإباحة
📍 Asal dari urusan urusan duniawi adalah pembolehan.

والأصل في العبادة المحرمة التحريم
📍 Dan asal dari ibadah adalah pengharoman.

Memang ini, disebutkan di dalam kitab kitab fiqh dan kitab usul usul fiqh dari berbagai madzhab.


1. الأصل في الأشياء الدنياوية الإباحة 
Asal dari perkara perkara duniawi adalah di perbolehkan kerana
Allah taa'la sendiri telah berfirman,

 هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
- البقرة ٢٩

Dialah yg menciptakan untuk kalian semuanya, segala yg ada di bumi ini.

Jadi memang asal segala benda dan segala perkara dibumi ini adalah halal. Perkara perkara keduniaan, itu adalah halal.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,

أنتم أعلم مني بأمور الدنياكم

Kalian lebih tahu daripada aku ttg urusan dunia kalian

Ketika semula Rasulullah sallallahu alai wasallam berpandangan bahawasanya mengahwinkan tanaman ini tidak bermenafaat, sehingga para sahabat pun berhenti, ternyata hasilnya tidak bagus setelah itu. Kemudian ketika Rasulullah tanya kenapa hasilnya tidak bagus. Ada yg mengatakan begini, maka kemudian Rasulullah menyebutkan itu. Kalian lebih tahu tentang urusan dunia kalian.

Ini menunjukkan asal dari urusan urusan duniawi adalah halal.

2. والأصل في العبادة التحريم
Dan asal dari ibadah adalah pengharoman.

kerana memang Allah subhanahu wataala sendiri telah berfirman,

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
- الحجرات ١

Wahai orang orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan rosulNya, dan bertakwalah kalian kpd Allah kerana  sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

📍Ini menunjukkan bahawasanya tidak boleh kita mendahului Allah dan rosulNya didalam perkara agama.

Demikian pula Allah taa'la mengancam orang orang yg membuat bid'ah bid'ah di dalam urusan agama ini tanpa meminta izin dari Allah dulu. Sebagaimana firman Allah taa'la,

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
- الشورى ٢١

Apakah mereka memiliki sekutu sekutu yg  mengizinkan utk mereka, yg mensyariatkan utk mereka, sebahagian dari urusan agama tanpa izin dari Allah. Kalau bukan kerana kalimat keputusan, niscaya mereka telah diberikan keputusan sekarang juga.
Kalimat keputusan yg Allah tetapkan itu akan Allah sebutkan, akan dijalankan di hari kiamat.
Dan sesungguhnya orang orang yang zalim itu, mereka akan mendapatkan siksaan yg pedih.

Ini menunjukkan bahawasanya barangsiapa yg membuat buat didalam urusan agama, dia di hukumi zalim. Siapa yg menghukumi? Allah yg menghukumi, bukan Nabi, bukan orang orang Wahhabi. Tapi ini, Allah yg menghukumi orang itu zalim dan Allah menetapkan mereka akan mendapatkan siksaan yg pedih. Oleh kerana itulah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga telah bersabda,

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد  
أخرجه مسلم (1718)

Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yg tidak ada diatasnya syariat kami, maka dia itu tertolak.
hadis Aisyah, yg diriwayatkan oleh Imam Muslim.

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد 

أخرجه البخاري (2697) ومسلم (1718)

Barangsiapa membuat   perkara baru didalam urusan syariat kami ini, padahal ini bukan bagian dari syariat kami,  maka amalannya itu tertolak.
hadis riwayat Bukhari Muslim dari Aisyah

Ini menunjukkan asal dari perkara ibadah adalah *pengharoman*. Yaitu kita diharamkan untuk menjalankan suatu amalan ritual, amalan yg bersifat ibadah sampai ada izin dari Allah, sampai ada syariat yg disampaikan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Juga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam  telah menyebutkan, 

وإياكم ومحدثات الأمور ؛ فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار


Hindarkan oleh kalian perkara yg baru kerana sesungguhnya seburuk buruk perkara adalah perkara yg baru, dan setiap perkara yg baru adalah sesat.

Sesungguhnya semua perkara yg baru adalah bid'ah, dan semua kebid'ahan adalah sesat. Dan setiap kesesatan didalam neraka. Yaitu apa. Dalam hadih Irbadh bin Sariyah

Dan juga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda
اما بعد فان خيرا الحديث كتاب الله، و خيرا هدي هدي محمد صلى الله عليه وسلام وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة  

Amma ba'du, Sesungguhnya sebaik baik ucapan adalah firman Allah dan sebaik baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Dan seburuk buruk perkara adalah perkara yg dibuat buat (perkara baru didalam agama) dan setiap perkara baru adalah sesat dan seterusnya...hadis yg diriwayat Imam Muslim dari Jabir radiyAllahu anhu.

📍Ini menunjukkan bahawasanya asal dari peribadatan adalah haram sampai Allah dan rosulNya yg mendatangkan syariat tersebut.

Kalau syariat itu boleh dibuat buat sendiri, tidak perlu Allah taa'la menurunkan kitab suci dan tidak perlu Allah taala mengirimkan rosul. Cukup kita membuat sendiri dgn perasaan kita atau akal kita atau hasil dari pemikiran kita dan seterusnya.

طيب
Oleh kerana itulah, maka para ulama, para imam besar (bukan orang orang zaman sekarang atau orang orang yg belakangan tapi para imam besar zaman dahulu dari berbagqi madzhab, mereka telah menetapkan kaedah tadi.

الأصل في العبادة التحريم
Asal dari ibadah adalah diharomkan
حتى يأتي الدليل عليها
sampai datangnya dalil yg menunjukkan diperbolehkannya perbuatan tadi.

والأصل في الأشيأ الدنياوية الإباحة حتى يأتي الدليل على تحريمها
Dan asal dari perkara duniawi (keduniaan) adalah boleh, sampai datang dalil yg mengharomkannya.

والله تعالى اعلم
والحمدلله رب العالمين
Diberdayakan oleh Blogger.