Header Ads

MASAALAH BENDERA DAN ABU MAYAT KETUA KOMUNIS

Sumber Channel Telegram: @dars_syaikh_abu_fairuz

MASAALAH BENDERA DAN ABU MAYAT KETUA KOMUNIS

Soalan :

Sekarang ini dengan kerajaan yang baru ini, macam-macam isu yang timbul kan. Dan diantara itu ada dua isu yang ana nak tahu sebenarnya, macam mana kita nak ambil sikap?



Contohnya yang pertama berkenaan dengan bendera, isu bendera. Yang mereka ubah bendera tu, bintang itu dari bentuk 13 bucu tu jadi 5 bucu. Jadi menyebabkan kemarahan di sebahagian daripada pihak kerana seolah-olah macam mempersendakan kedaulatan negara, macam itu lah, lebih kurang kan.

Yang kedua berkenaan dengan abu (mayat) komunis itu, Chin Peng. Dia tu dulu dah dibuang luar daripada negara kita. Kemudian dia dulu semasa dia jadi komunis, banyaklah korban-korban daripada pihak kerajaan, orang-orang yang mempertahankan Tanah Melayu ini dulu..kan. Dan banyak kezaliman yang dilakukan kepada orang-orang kampung dan sebagainya. Dan dia mati diluar lah. Lepas itu, dengan kerajaan baru ini, kita dengar akhirnya mereka berjaya bawa abu (mayat) kawan tu, abu kawan tu balik untuk di taburkan disini ke, tanam disini ke, tak tahu macam tu. Macam tulah, macam satu kemuliaan. Jadi kita, ana nak faham, kita sebagai yang ikut alquran dan sunnah ini, kita nak bersikap macam mana dalam keadaan macam ini? Pertama isu bendera itu, macam mana kita kena ambil sikap? Isu abu ni. Macam mana kita kena ambil sikap? Jadi minta Sheikh menjelaskan, daripada perspektif quran dan sunnah.


*Jawapan :*

طيب، بسم الله الرحمن الرحيم

Kembalinya secara globalnya adalah kepada firman Allah تعالى

،إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَىٰ أَنفُسِكُم

Kezaliman kalian, itu akan menimpa diri kalian sendiri. Dan juga Allah تعالى berfirman,

وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ 

Seperti itulah kami menguasakan sebahagian orang yang zalim terhadap orang yang zalim lain, disebabkan kerana perbuatan mereka sendiri. 

Dan dalil-dalil banyak membahas masaalah ini. Diantaranya adalah dalil yang diriwayatkan oleh Imam Al Hakim an Naisaburi dan itu hadith yang hasan, dihasankan oleh Asy Sheikh Muqbil. Dari Ibni Umar رضي الله عنهما dalam hadith yang panjang yang mana kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebutkan, yaitu apa?

"Tidaklah suatu kaum itu berpaling dari ketentuan-ketentuan Allah kecuali Allah akan menguasakan kepada mereka penguasa-penguasa yang merampas sebahagian dari kepemilikan mereka."

Jadi manakala rakyat sendiri zalim, maka apa? Jangan hairan kalau penguasanya seperti itu. 

Kalau rakyat sendiri sering mempermainkan agama, maka jangan hairan kalau muncul penguasa yang mempermainkan mereka, mempermainkan perasaan, mempermainkan harta, mempermainkan kehormatan, mempermainkan maruah dan seterusnya itu.

Kita lihat disini bagaimana para tokoh agama sendiri dan masyarakatnya, mereka suka mempermainkan agama. Kembali kepada firman Allah تعالى, 

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا 

Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai olok-olokan dan permainan. 

Agama ini sesuatu yang sakra, sesuatu yang agung dan suci, tapi apa? Mereka jadikan sebagai konsert, sebagai nyanyian, sebagai apa itu joget-joget dan seterusnya. Sesuatu yang tidak layak. Dan mereka, agama yang mengharuskan dalam quran. Banyak sekali ayat-ayat yang menyuruh untuk menangis dan mencela orang yang tidak menangis, justeru apa, mereka jadikan sebagai majlis tertawa. Majlis yang mengharuskan untuk menangis tidak didatangi tetapi justeru majlis tertawa orang siap apa itu? Sampai beratur kereta-kereta dan orang-orangnya dan seterusnya. Siap membayar mahal.

Maka kalau masyarakatnya sendiri seperti itu, Allah akan balas mereka sesuai dengan jenis amalan mereka sendiri. Dengan apa? Penguasa-penguasa yang seperti itu. Masyarakat sendiri di pasar-pasar banyak yang korupsi dalam masaalah timbangan, menipu di dalam masaalah takaran, dalam masaalah hitungan, dalam masaalah sifat barang. Bagaimana kemudian penguasanya tidak seperti itu. Jadi itulah yang terjadi dan itulah yang dialami.

Masyarakat sendiri, mereka yang telah membuka pintu dan telinga, pintu hati, pintu telinga mereka. Untuk apa? Untuk condong kepada orang-orang kuffar. Dari sisi pemikiran, dari sisi penghormatan, dari sisi memberikan lapangan pekerjaan dan seterusnya. Maka jangan hairan, kalau penguasa nya pun menjadi apa? membuka pintu untuk orang-orang kafir juga dan seterusnya. 

Bererti kembalinya bagaimana? Kuncinya yaitu kita berdakwah. Kalau kita kuncinya adalah dakwah. Kita tidak perlu untuk ikut-ikutan letih berbicara masaalah bintang itu sebaiknya enam, tujuh, lapan. Kita tidak ada dalil yang mengharuskan itu. Cuma kita tahu bahawasanya sudut pandang ini, ini ada isyarat memang negara kita sedang dipermainkan. Itu ada. Cuma kita tidak perlu letih kerana kita tidak punya dalil bintang itu lima atau enam atau tujuh, kita tak punya dalil. Thoyyib tapi qorinah menunjukkan agama ini, negara di permainkan bererti apa? Kuncinya ada pada itu tadi. Kita harus berdakwah ke masyarakat lebih kencang lagi. Intinya adalah masaalah tauhid. Kalau Allah kita agungkan, maka nanti kehormatan juga akan diagungkan oleh apa? Oleh para makhluk. Kembalinya kepada dakwah. Jadi terus aje berdakwah, terus aje bertauhid, terus saja mengajak masyarakat untuk apa? Tahu tauhid. Kalau tahu tauhid, mereka akan membenci orang kafir. Tapi kalau tauhid saja sudah rosak, jangan harap mereka akan lama membenci orang kafir. Mungkin mulutnya benci tapi apa? mereka akan tersenyum kepada orang kafir, tersenyum pada mat saleh dan seterusnya. Jadi kuncinya ada pada dakwah. Mendakwahkan tauhid, mendakwahkan taubat dan seterusnya. Lanjutkan dakwah. Itu tugas kita. 

Kalau kita sibuk pada perincian masaalah politik, kita akan sangat letih, padahal tugas kita banyak itu. Biarkan mereka yang letih. Kita perbaiki dasarnya. Kalau dasar bagus إن شاءالله akan ada yang membawa kepada hujung-hujung bunga dan pokoknya nanti, hujung buah dan seterusnya. Jadi kita lanjutkan tugas kita. Masing-masing ada tugas. الله اعلم. Memang berat dan menyakitkan hati tetapi inilah kuncinya.

Kalau kita ambil jalan pintas, kita demonstrasi, tidak faedah juga. Siapa yang akan terima kita.

*Di jawab oleh :*
*Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Indonesiy Aljawiy Al Qudsiy حَفِظَهُ اللّٰه*

Faedah di dapat dari Al Akh Abu Shabir Wan Perwira Wan Adam Al Malaysiy حَفِظَهُ اللّٰه
Diberdayakan oleh Blogger.