Al Fatawa Al Hamawiyah (73 aliran)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D038: 03/10/2018
Bismillah ar rahman ar rahim. Dengan memohon pertolongan dari Allah.
Ringkasan:
disebutkan dalam catatan kaki:
Hadis ini datang dari sebahagian sahabat; muawiyah bin abi suffian iaitu beliau berkhutbah di atas mimbar mengatakan sesungguhnya Rasulullah salallah alaihi wasallam bersabda sesungguhnya ahlu kitab mereka terpecah belah di dalam agama mereka menjadi 72 aliran dan sesungguhnya umat ini akan terpecah belah menjadi 73 aliran. semuanya masuk ke dalam neraka kecuali satu iaitu al jamaah dan sesungguhnya akan keluar ditengah tengah umatku kelompok2 yang mereka itu dijangkiti oleh hawa nafsu tadi sebagai mana penyakit anjing gila menjangkiti mangsanya tidak tersisa dari orang itu satu urat pun dan satu sendi pun kecuali dia masuki mereka itu hanyalah di dalam perpecahan di riwayatkan oleh imam ahmad dan ini adalah hadis yang hasan. yang namanya jamaah adalah lawan dari perpecahan, yang namanya jamaah adalah terkumpulnya sahabat di atas suatu perkara (iaitu ijma) kerana jadilah itu suatu kebenaran dan memang para sahabat tidak berkumpul di atas kesesatan.
Berkata imam tibbi rahimahullah: yang dimaksudkan dengan jamaah adalah para sahabat dan orang yang setelah mereka di kalangan tabien dan para pengikut tabien dari kalangan pendahulu yang soleh, berpegang teguh dengan jalan hidup mereka (iaitu rajin mempelajari biografi mereka untuk kemudian meneladani dan mencontohinya) dan memasukan diri dalam rombongan mereka. selesai dari tuhfatul ahwazi.
Kelompok yang selamat ini dinamakan ahlu jamaah kerana mereka berpegang teguh dengan nethoda para sahabat radhiallahuanhum dan orang yang mengikuti mereka dengan baik walaupun mereka di sebahagian masa itu dipuncak keterasingan kerana sedemikian banyaknya para pelaku kebatilan dan orang2 yang bodoh.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























