-->

Header Ads

Al Fatawa Al Hamawiyah (ilmu kalam) #3

Al Fatawa Al Hamawiyah


Sesi 1:
Sesi 2:

Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.

D017: 04/09/2018


Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah.


Ringkasan: Matan pg 44


Berkata ibnu taimiyah: bagaimana mungkin generasi yang terbaik jesteru ilmu dan hikmah mereka itu kurang dibandingkan dengan para asyoir (orang2 yang datang setelah para sahabat dan tidak mengikut para sahabat itu) 

Bagaimana mungkin keturunan dari ahli filsafat dan para pengikut filsafat india dan yunani demikian pula pewaris agama majusi dan kaum musyrikin dan juga pengikut kesesatan orang yahudi dan nasara dan orang2 yang semacam mereka dan orang2 yang semisal mereka; bagaimana mungkin mereka itu yang lebih tahu tentang Allah daripada para ulama (pewaris para nabi) dan ahli alquran dan keimanan

Catatan kaki: (32)

Berkata munawi rahimahullah: yang dinamakan ilmu itu adalah keyakinan yang pasti yang kukuh, yang sesuai dengan kenyataan (semetara kebanyakan ilmu ahli filsafat adalah khayalan, mereka sendiri mengakui itu)

Dan ilmu itu tidak terbentuk kecuali jika dibangun di atas dalil.  Berkata imam abdul latif abdul rahman ibnu syaikh rahimahullah: yang namanya ilmu adalah mengetahui pertunjuk dengan dalil2nya dan yang namnya ilmu adalah mengetahui suatu hukum sesuai dengan kenyataannya iaitu pada hakikatnya.

Adapun ilmu agama ini (ilmu syariat ini ) tidak terbentuk kecuali dalil dari al quran dan as sunnah.

Berkata imam ibnu taimiyah rahimahullah: ilmu adalah sesuatu yang Allah taala mengutuskan denganya rasul Nya (seluruh yang di ajar dan yang di bawa oleh rasul, itulah yang namanya ilmu. itulah yang dinamakan 'sulton' (iaitu argumentasi dan kekuatan yang jelas) sebagaiman firman Allah taala: sesungguhnya orang2 yang berdebat tentang ayat2 Allah tanpa sulton yang datang kepada mereka (maksud sulton di sini adalah ilmu. Kenapa ilmu dikatakan sulton? Seperti dijelaskan oleh imam ibnu Qayyim di dalam miftah dar saadah di keranakan jiwa manusia itu mahu tidak mahu harus tunduk kepada argumentasi yang di datangkan oleh ilmu tadi walaupun zohirnya dia menentang. Tapi jiwanya akan tunduk: mengakui sebenarnya itu memang betul, sememangnya itu adalah yang benar. Makanya ilmu dikatakan sulton kerana dia mempunyai kekuatan yang besar untuk menundukkan hati. 

Inilah hakikat ilmu iaitu pengetahuan sesuatu perkara sesuai kenyataanya dengan keyakinan bukan ragu2 dan harus dibangun di atas dalil dan ilmu agama harus di bangun di atas al quran as sunnah. Dan telah kita lewati keterangan bahawa ahli kalam itu mereka tidak punya hakikat ilmu. maka bagaimana dikatakan mereka lebih berilmu dan lebih bijak daripada para sahabat dan orang yang mengikuti mereka dengan baik.

Tajuk: sebab kata pengantar ini

Kata ibnu taimiyah: saya ini hanya memajukan kata pengantar ini kerana barangsiapa kata pengantar ini menetap di dalam hatinya dia akan tahu jalan pertunjuk itu. Betul2 tidak ada ilmu kecuali dari al quran wa sunnah. Orang tidak akan kenal Allah kecuali melalui jalur ini.  dan kalau dia faham dan betul2 menetap di dalam hatinya di dalam pemahaman di dalam kata pengantar ini dia akan tahu bahawasanya yang namanya kesesatan dan kebingungan itu hanya mendominasi kebanyakan generasi terakhir disebabkan kerana mereka melemparkan kitabullah kebelakang2 mereka dan disebabkan kerana mereka berpaling dari ajaran yang dengan itu Allah mengutuskan Muhammad salallah alaihi wasallam. Yang mana yang rasulullah bawa adalah keterangan2 dan pertunjuk dan juga kerana mereka tidak mahu menelusuri jalan para sabiqul auwalun ang terbukti  mendapatkan hidayah.

Dan sebab mereka kebingungan dan sesat adalah kerana mereka meninggalkan sumber hidayah tadi; mereka mencari pengetahuan tentang Allah dari orang yang tidak kenal Allah. 

Kata ibnu taimiyah: tujuan saya bukan menghujah orang tertentu (tujuan menulis buku ini bukan untuk membantah satu orang) tapi saya mensifati jenis mereka. Iaitu keumuman ahli kalam dan imam2 mereka.


Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah

Diberdayakan oleh Blogger.