Al Fatawa Al Hamawiyah (Meninggalkan Sholat)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
Dars 05/31/2020
(Kitab ini Fatawa alHamawiyah) Silsilah rangkaian dars di Darul Hadith dimana-mana.
Ms260 (cetakan)
Catatan kaki ucapan Ibnu Khafif.
Dan kami bersaksi bahawasanya barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, dia kafir.
Yg meninggalkan solat, menentang wajibnya solat, ahlussunnah bersepakat, kafirnya orang ini dan murtadnya orang ini.
Perselisihan terjadi antara ahlussunnah dan Murjiah.
Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, bersamaan dia membenarkan solat itu wajib, maka perselisihan mmg terjadi diantara ahlussunnah sendiri. Walaupun yg benar adalah orang yang meninggalkan solat itu kafir.
Maka bukanlah orang yg menyelisihi pendapat ini, dgn mengatakan orang yang ini masih muslim tapi fasiq dan tidak kafir, bererti orang ini Murji'ah dsbnya, seperti yg dituduh kpd Sheikh al Albani oleh org2 yg berlebihan. Menuduh Sheikh Albani Murji' نعوذ بالله. Beliau ahlussunnah, cuma dalam masaalah ini beliau memilih pendapat bahawasanya org yg meninggalkan solat dgn malas malasan itu tidak kafir. Memang ini pendapat keliru tetapi bukan bererti Sheikh Albani dihukumi Murji'ah. Penuduhnya yang salah besar.
Padahal yg ditunjukkan oleh dalil2 adalah bahawasanya meninggalkan solat kerana malas-malasan, meremehkan, ini memang kekufuran, bukan sekadar kefasikan.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























