Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Kaabah menjadi permainan para penguasa)

Kuliah Tafsir Al Quran
🎙Asy-Syaikh Abu Fairuz bin Soekojo Al Jawiy Al Indonesiy


Kuliyah Tafsir al Qur'an:
Tarikh :
10 Zulkaedah, 1442 Hijriyah, Ahad, bersamaan 20/06/2021 Masehi

Kaabah yang sesuai dengan binaan Nabi Ibrahim tetapi beliau khuatir kerana kaumnya baru memeluk Islam dan dekatnya mereka dengan kekufuran . 

Abdul Malik bin Marwan tersamarkan ilmu ini kerana tersibukkan dengan politik dan tidak belajar sunnah baik-baik.

Rasulullah menunjukkan kepada Aisyah bekas-bekas binaan nabi Ibrahim.

Ditinggikan pintu Kaabah oleh Kaum Quraisy, kerana mereka membanggakan diri, membenarkan hanya orang tertentu masuk ke dalam Kaabah.

5 tabiin meriwayatkan dari Aisyah, Kaabah yang sebenar adalah seperti yang dibangunkan semula oleh Ibnu Zubair. 

Kaabah menjadi permainan para penguasa.

Harun Al Rasyid atau ayahnya alMahdi bertanyakan kepada Imam Malik tentang pembaikan semula Kaabah, namun Imam Malik menasihatinya agar membiarkan Kaabah sepertinya agar ia tidak menjadi permainan para raja.

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Diberdayakan oleh Blogger.