Kajian Tafsir Quran (Kisah Ummu Ismail)
Kuliah Tafsir Al Quran
Kuliyah Tafsir al Qur'an:
Tarikh :
15 Shawwal, 1442 Hijriyah, Khamis, bersamaan 27/05/2021 Masehi
Ummu Ismail kehabisan susu
Kisah Ummu Ismail mencari air, berlari lari dari gunung Safa dan Marwa. berkeliling sehingga menyempurnakan 7 pusingan.
kemudian pergi melihat bayinya yang di tinggalkan. Dilihatnya bayinya kehausan, terlalu lemah. Kemudian beliau berkeliling ke Safa dan Marwa semula.
Beliau kembali ke bayinya. Melihat Malaikat Jibril yang kemudian menghentakkan tumit kakinya ke tanah, lalu keluar air. Ummu Ismail membuat semacam kepungan mengepung air tersebut lalu menjadi sumur. Ummu Ismail meminum air tersebut.
Lewat segerombolan manusia, melihat tempat Ummu Ismail yang kelihatan burung2. Lalu mereka mengutus utusan untuk meninjau. Setelah di pastikan ada air dan kehidupan. Mereka berdatangan dan meminta izin agar mereka boleh tinggal bersama.
Nabi Ismail membesar di situ lalu di nikahkan dengan wanita Jurhum.
Nabi Ibrahim berhajat menziarahi keluarganya di Baitullah lalu beliau memberitahu keluarganya yang di Syam.
Terjadi 2 kali ziarah, yang mana kisahnya di ceritakan di dalam dars yang sebelum ini.
Ziarah yang berikutnya adalah ziarah pembinaan Kaabah.
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz






























