Kajian Tafsir Quran (Pembangunan Kaabah)
Kuliah Tafsir Al Quran
Kuliyah Tafsir al Qur'an:
Tarikh :
11 Shawwal, 1442 Hijriyah, Ahad, bersamaan 23/05/2021 Masehi
Pembahasan tentang pembangunan Kaabah
bani Jurhum tinggal di Kaabah
Hajar berbangsa Mesir
Nabi Ibrahim dari Babylonia
Ismail belajar bahasa Arab dari Bani Jurhum yang dari Yaman
Ismail membesar dan orang2 menghormati beliau.
kemudian Hajar meninggal
nabi Ibrahim menziarahi Ismail, namun tidak berjumpa kerana Ismail keluar mencari makanan.
ibrahim bertemu isteri Ismail, wanita Jurhum. Ibrahim bertanyakan keadaan kehidupan mereka, wanita ini mengeluh kepada Ibrahim, tetamu yang tidak dia kenal.
nabi Ibrahim berpesan, kepada wanita itu, agar memberitahu suaminya agar menukarkan palam pintu mu.
nabi ismail menceraikan isterinya.
kemudian menikah lagi wanita dari Jurhum.
nabi ibrahim berziarah lagi, lalu ketemu isteri baru Ismail. Ibrahim tanya kepada wanita itu tentang kehidupan mereka. Wanita tersebut menceritakan mereka baik2 sahaja dan memuji Allah. Tidak mengeluh kepada Ibrahim, orang yang tidak di kenalnya.
Ibrahim melanjutkan pertanyaan, Apa makanan kalian? Daging. Apa minuman kalian? Air.
Lalu Ibrahim mendoakan untuk mereka, keberkahan untuk daging dan air.
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz






























