Nailul Maram (Bai'at)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars ke 16
Soalan berkenaan 'petition', bagi sokongan kepada kerajaan dan pemimpin kerajaan berdaulat di pilih oleh Yang Di Pertuan Agung, raja yang berdaulat.
Can you help me out by signing this petition?
http://chng.it/xdgBSGJr
➡️Jawapan Sheikh
Sebenarnya untuk pemerintah yang berdaulat, seluruh rakyat wajib untuk membai'at. Asalnya yang berkewajipan membaiat adalah ahlu halli wal aqdi dari kalangan para ulama' dan dari kalangan para pakar-pakar pemerintahan, pakar ekonomi, niagawan dan sebagainya.
Thoyyib. Kemudian apabila pemerintah memang memerlukan bai'at dari seluruh rakyat, maka rakyat wajib untuk membai'at, untuk mendukung jangan sampai terjadi penggulingan kekuasaan dan sebagainya dan ini betul.
Jadi bukan acara pemilihanraya. Kalau pemilihanraya memang ini adalah suatu kebatilan. Makanya tadi ana tanyakan dan zohirnya bukan pemilihanraya. Zahirnya adalah ada semacam usaha pembangkangan. Dan kita memang wajib untuk menampilkan bai'at kita.
Thoyyib. Adapun kalau acaranya acara khusus pemilihanraya memang jangan ikut. Tapi zohirnya ini bukan memang.
Jadi والله اعلم zohirnya adalah itu baik untuk menunjukkan bahawasanya kita semua memang sudah membai"at pemerintah. Nanti ketahuan siapa yang ternyata dia ingin membangkang, ingin memberontak dan semacam itu, tidak mahu membaiat pemerintah yang telah berdaulat dengan alasan bahawasanya pemerintahnya dibuat lewat pintu belakang seperti yamg diceritakan disebahagian mass media itu. Kita katakan kenapa lewat pintu belakang? Mereka akan mengatakan kerana tidak dibuat melalui acara demokrasi, acara pemilihanraya. Kita katakan acara yang kalian sebutkan itulah yang keliru.
Sekarang pemerintah telah ditentukan oleh Raja Yang Berdaulat, maka itulah yang betul.
Thoyyib, selesai urusannya. Bererti kalau sekarang memang ada usaha untuk melemahkan posisi pemerintah yang tengah berdaulat, dan rakyat memang memandang perlu untuk menampakkan bai'at dan kesetiaan mereka, maka ini langkah yang bagus.
والله اعلم
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram