Nailul Maram (Masaalah penggunaan hisab falaq)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars ke 6
Kita bersyukur kepada Allah تعالى masih dimudahkan untuk menuntut ilmu, yang mana ilmu adalah siraman terhadap keimanan. Orang yang tidak bersemangat belajar maka dia akan CELAKA.
Ms 19
Masaalah penggunaan hisab falaq.
Alat-alat teropong dsbnya sekadar membantu tapi ia bukan syarat.
Cukup melihat dengan pandangan mata saja.
Masaalah
Barangsiapa melihat hilal sendirian.
Lalu dia pergi kpd hakim lalu hakim menolak penglihatan dia. Boleh jadi hakim tidak tahu keadaan orang ini, tidak kenal siapa saksi ini, atau kerana salah satu sebab. Maka perlu perincian ttg masaalah ini. Adapun dari sisi ramadhan, orang ini dia wajib berpuasa kerana dia telah melihat hilal walaupun sendirian.
Orang ini wajib berpuasa walaupun orang lain tidak mahu mengakui itu.
Hakim punya uzur kerana tidak kenal orang ini.
Dia sendiri (orang itu) melihat hilal, dia wajib beramal hasil penglihatan dia.
Bolehkah dia mengajak orang lain? Kalau orang lain tahu dia adalah tsiqah, masaalah bolehnya boleh. Tapi kalau tidak kenal juga siapa orang ini, tunggu keputusan hakim.
Barangsiapa menyendiri dgn melihat hilal Syawal, dia tetap harus berpuasa di keesokan harinya. Dia tidak boleh berbuka, maksudnya menganggap besoknya 1 Shawal dgn semata-mata penglihatan dia kalau dia sendirian.
Hilal Shawal itu tidak pasti kecuali dgn 2 saksi.
Kalau Hilal Ramadhan cukup dgn 1 saksi.
Memang ini khilaf yang berat. Tapi memang pendapat Sheikh Uthaymeen ini yg lebih dekat untuk kehati-hatian. Jangan kerana 1 saksi kemudian langsung kita melepaskan ramadhan, meninggalkan ramadhan, tunggu sampai ada 2 saksi. Ini lebih hati- hati.
Sila dengar audionya, supaya faham benar-benar ttg masaalah ini, kerana masaalahnya berulang-ulang setiap tahun.
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram