Nailul Maram (Puasa diwaktu safar)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars 28
Sambungan dars
Muqaddimah permulaan dars.
Termasuk dari kenikmatan yang sangat besar, yang Allah تعالى kurniakan kepada para hambaNya adalah kalau mereka menuntut ilmu secara bertahap dan mampu menyelesaikan tahapan-tahapan itu satu demi satu, sebagaimana yang dinasihatkan oleh para ulama, yaitu tidak berpindah dari satu kitab kepada kitab yang lain kecuali dalam keadaan sudah menyelesaikan kitab tersebut.
Dan juga termasuk dari kenikmatan yang sangat besar adalah istiqomah dan istimror terus menerua didalam jalur menuntut ilmu, kerana kita tahu didalam hadith yang diriwayatkan oleh al Imam al Bukhori dan termasuk afrodul Bukhori dari Abi Hurairoh رضي الله عنه, dari Rasulillah صلى الله عليه وسلم, didalam hadith Qudsi, yang mana Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Dan tidaklah hambaKu mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan-amalan yang lebih aku cintai daripada dia menjalankan apa yang Aku wajibkan kepadaNya. Dan terus menerus hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan nawafil, dengan amalan-amalan yang mustahab, sehingga Aku mencintai dia.
Ini menunjukkan bahawasanya termasuk amalan yang paling Allah cintai adalah *menuntut ilmu*, yamg sifatnya adalah wajib. Kemudian kalau ilmu yamg sifatnya wajib itu teleh dipelajari dan ini adalahntermasuk kecintaan yang tertinggi. Kemudian terus menerus hamba itu memperkaya dirinya dengan ilmu-ilmu yang tidak sampai wajib, tidak sampai wajib untuk dia, boleh jadi wajib untuk orang lain, tapi untuk dia adalah mustahab.
Kita tahu ilmu yang sifatnya fardhu kifayah, orang lain boleh jadi wajib, tapi yang sisanya itu adalah mustahab. Dan terus menerus hamba menjalankan yang mustahab ini sehingga Allah mencintai dia.
Makanya telah sahih dari Imam Ats Tsauri, dari Imam Syafi'i, juga Imam Ahmad dan Imam Malik dan sejumlah ulama' salafi yang lain, mengatakan bahawasanya,
طلاب العلم أفضل العبادة
Menuntut ilmu itu lebih utama dari ibadah-ibadah yang sifatnya mustahabbah. Kerana dari satu sisi menuntut ilmu ini wajib, bileh jadi fardhu ain, ini bererti pahalanya tertinggi.
Dan boleh jadi fardhu kifayah, ini pahalanya sangat besar sebagaimana disebutkan didalam kitab Ghiyatsul Umam. Barangsiapa mahu menjalankan kewajipan yang sifatnya kifayah ini, maka dia mendapatkan pahala besar kerana hakikatnya dia menyelamatkan umat dari dosa.
Kemudian yang ketiga adalah, yaitu menuntut ilmu yang sifatnya mustahab, maka ini semua adalah amalan yang menyebabkan Allah mencintai hamba tersebut. Dan ini lebih utama daripada ibadah-ibadah lain yang mustahab.
Thoyyib, maka dengan memohon pertolongan kepada Allah تعالى, kita lanjutkan apa yang telah kita mulai pada .asa-masa yang lalu, yaitu membaca buku-buku para ulama' dan untuk dars di malam hari, di hari-hari ini إن شاءالله kita, untuk sementara kita cukupkan membaca kitab Nailul Maram. Kita ingin menghabiskan pembahasan masaalah Ahkamus Siyam ini sehingga apa, kitab ini boleh kita pelajari dari awal sampai akhir dan kita sangat gembira kalau mampu menyelesaikan kitab ini dengan, tanpa ada kebingungan, tanpa ada kecacatan. Kecacatan dalam artian belum selesai baca, sudah pindah kepada buku yang lain. Thoyyib.
Ms95
Masaalah Apakah keringanan berbuka puasa di waktu safar, ini mencakup safar maksiat ataukah tidak?
Yang benar bahawasanya ini mencakup safar maksiat berdasarkan keumuman ayat yang mulia, dan ini yang di rojihkan oleh Sheikh kita Yahya حفظه الله didalam Kitabul Kiram.
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram