Header Ads

HUKUM SEORANG MUSLIM MEMASUKI GEREJA

 HUKUM SEORANG MUSLIM MEMASUKI GEREJA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ana ada soalan akhuna alkarim , boleh ke seseorang muslim memasuki Gereja ? Dan apa dalilnya? dan boleh ke memasuki gereja atas sebab melancong?

Soalan dari ikhwan Johor

Jazakallahu khayran
-------------------------------

Jawaban :

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.

Memasuki gereja untuk mendakwahi mereka untuk masuk Islam tidaklah mengapa.

Dalilnya adalah hadits Auf bin Malik رضي الله عنه yang berkata:

Pada suatu hari Nabi صلى الله عليه وسلم pergi dan aku bersama beliau hingga kami memasuki gereja Yahudi di Madinah di hari raya mereka, mereka tidak menyukai kami memasuki mereka lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepada 
mereka: "Wahai sekalian orang-orang yahudi, beritahukanlah padaku dua belas orang yahudi yang bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah akan menggugurkan kemurkaan yang ditimpakan dari setiap yahudi yang ada di bawah kolong langit!" Maka mereka diam dan tidak ada seorang pun yang menjawap. Beliau mengulangi lagi tapi tidak ada yang menjawap, beliau mengulangi ke tiga kalinya tapi tidak ada juga yang menjawap, beliau bersabda: "Kalian enggan, demi Allah sesungguhnya aku adalah Hasyir (Pengumpul), aku adalah ‘Aqib (Nabi yang terakhir), aku adalah 
Nabi Mushthafa (Pilihan), kalian beriman atau pun mendustakan..." hingga selesai hadits.
(Diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dengan sanad yang shahih).

Namun jika untuk beribadah pada Allah dalam keadaan syiar² kekufuran masih ada di situ maka haram,
berdasarkan firman Allah ta'ala tentang masjid dhirar:

لا تقم فيه أبدا.

"Jangan engkau sholat di situ sama sekali".

Jika syiar2 kekufuran tadi telah dilenyapkan, maka boleh sholat di situ sebagaimana fi'il Umar رضي الله عنه di gereja Syam.
Lihat penjelasan itu di "Tafsir Al Qurthubiy".

Jika sekedar untuk jalan² atau melancong maka itu adalah haram besar dan boleh jadi termasuk ke dalam kekufuran.

Al Imam Asy Syafi’iy رحمه الله saat meriwayatkan suatu hadits sebagaimana pendalilan, beliau ditanya: "Apakah Anda berpendapat sesuai dengan hadits tadi? “
Maka beliau balik bertanya :

أتراني داخل كنيسة؟ أم ترى على وسطي زنارا؟

"Apakah engkau melihatku ada di dalam gereja?? Ataukah engkau melihat di pinggangku ada zannar (ikat pinggang khas orang yahudi)?? “
Yaitu: apakah aku adalah orang kafir, sehingga memilih tidak ikut Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم؟

Itu menunjukkan bahwasanya masuk ke rumah peribadatan orang kafir adalah ciri khas orang kafir.

والله أعلم بالصواب.
----------------------

Di jawab oleh :
*Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Indonesiy Aljawiy Al Qudsiy حَفِظَهُ اللّٰه*

Faedah di dapat dari Al Akh Abu Shabir Wan Perwira Wan Adam Al Malaysiy حَفِظَهُ اللّٰه

dari chanel:
https://t.me/dars_syaikh_abu_fairuz

---------------------------------------------------
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAddailamiy
Diberdayakan oleh Blogger.