HUKUM SESEORANG MEMELIHARA ANAK KERAK
HUKUM SESEORANG MEMELIHARA ANAK KERAK
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sheikh, apakah hukum seseorang membela anak kerak, bagi tujuan untuk mendapatkan perkhidmatan dia, mencuri duit.? Bagaimana kah status ke Islaman orang yang membelanya (memeliharanya) ? Apakah sembelihannya sah? Dan apa hukum orang ini sekiranya dia mati.?
Anak kerak ialah sejenis *hantu* dalam kebudayaan Melayu yang hampir sama dengan toyol, tetapi mempunyai asal yang lebih spesifik dan keupayaan yang lebih.
Asal
Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.
Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.
Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(Dijawab Oleh : Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy -hafidzahullah- )
Rabu, 18 Jumadil Akhir 1444 / 11-01-2023
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy