Header Ads

Masalah soff yang renggang

Soalan
Assalaamualaikum ya Syeikh
bagaimana menanggapi masalah soff yang renggang? apakah yang rojihnya

بَــارَكَ اللّٰــہُ فِـيْكُــمْ


Masaalah solat berjemaah di masjid di dalam situasi Covid 19.*

Soalan
Assalaamualaikum ya Syeikh
bagaimana menanggapi masalah soff yang renggang?apakah yang rojihnya

بَــارَكَ اللّٰــہُ فِـيْكُــمْ

Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Terjadi perselisihan dikalangan ulama'. Untuk Sheikh Yahya dan Sheikh Muhammad bin Hizam, maka mereka mengatakan bahawasanya ini TIDAK SAH. Adanya perenggangan macam itu bagaikan solat sendirian di belakang sof. Kalau tidak sah, maka kata beliau solatnya dirumah saja. Thoyyib. Berjemaah di rumah.

Adapun kalau ulama Lajnah Da'imah, maka mereka memfatwakan memang tetap berenggang untuk menjaga jangan sampai terkena penyakit menular yang memang sudah terbukti tu. Dan yang di risalah pembahasan yang sangat ilmiyah yang di tampilkan oleh Sheikhuna Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Lamah حفظه الله تعالى. Kesimpulannya adalah bahawasanya kemaslahatan solat berjemaah itu lebih utama.

Maka ketika pemerintah memang mengizinkan solat berjemaah, tetapi dalam keadaan berenggang-renggang seperti itu, maka ini uzur bagi kita. Kita tetap wajib menjalankan solat jemaah di mana ada panggilan, kalau memang waktunya sudah masuk tentunya dan sebagainya.

Kalau masaalah perenggangan, maka ini uzur kerana apa, kita diwajibkan untuk ikut kepada ijtihad pemerintah, yg mana ijtihad tersebut demi keselamatan rakyatnya.

Thoyyib, ini uzur. Dan masaalah perenggangan sof, masaalah merapatkan sof, ini tidak terkait dgn syarat sah solat. Thoyyib. Dan itu lah yg betul.

Maka apa, solatnya tetap sah, hanya saja itu perkara yg makruh kerana, makruh dan bahkan dosa sebenarnya kerana tidak merapatkan sof. Tetapi dalam situasi yg masih dhorurah disini, yang masih perbaikan dari faktor kesihatan yang sangat terancam pd waktu2 yg lalu, maka yang seperti ini adalah udzur.

Dan ini pula hasil dari risalah, kesimpulan yg ana baca dari penukilan2 itu, risalah yg kedua yaitu risalah dari Sheikhina Abi Bakar al Hammadi al Ibbi حفظه الله تعالى.

Intinya juga seperti itu. Yaitu apa, solatnya tetap sah walaupun dan tidak dianggap bahawasanya ini solat sendirian kerana kenyataannya orangnya tidak sendirian. Sendirian kalau  kenyataannya memang satu sof itu dia sendiri, sementara sekarang dalam satu sof ada beberapa orang dan dikatakan mereka musyarokah, memang mereka berserikat dalam sof itu. Cuma mereka mengalami perenggangan. Maka ini tidak dikatakan sendirian.

Thoyyib, maka solatnya tetap sah. Thoyyib dan memang wajib untuk mendatangi jemaah dimana ada panggilan, ada azan disitu.

Thoyyib. Maka والله اعلم, yang ana nasihatkan adalah ketika pemerintah sudah membuka izin yang seperti itu maka ini disyukuri dan dijalankan.

Adapun kekurangan yang ada, ini ijtihad pemerintah. Pemerintah yg bertanggung jawab di hadapan Allah. Kita dapat uzur.

والله اعلم والحمدلله رب العلمين

Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz

Diberdayakan oleh Blogger.