Header Ads

Orang miskin masuk syurga lebih dahulu

Assalaamualaikum ya syeikh


Afwan mohon bertanya

Apakah orang2 miskin dari semua generasi yg akan masuk syurga dahulu seperti dalam hadith atau ada perincian yg lebih jelas?

بَــارَكَ اللّٰــہُ فِـيْكُــمْ


JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Dari sisi jenisnya, maka semua orang miskin yang mukmin akan mendahului orang kaya dalam memasuki Syurga.
Namun dari sisi kualiti generasinya, maka generasi pertama umat ini akan lebih dulu daripada yang setelah mereka, karena mereka cenderung bersegera dalam kebaikan dibandingkan dengan generasi yang setelah mereka. Allah ta'ala berfirman :
والسابقون السابقون أولئك المقربون في جنات النعيم. ثلة من الأولين قليل من الآخرين.
"Orang-orang yang bersegera dalam kebaikan, mereka itu bersegera dalam mendapatkan ridha Allah, mereka itulah orang-orang yang didekatkan kepada Allah, di dalam Syurga2 yang penuh dengan kenikmatan. Kelompok yang banyak dari generasi2 pertama, dan sedikit dari generasi2 terakhir".
Belum lagi dilihat dari bersegeranya keumuman generasi pertama dalam usaha memenuhi syarat2 masuk Syurga tanpa hisab.
Belum lagi kenyataan bahwasanya harta itu bukan satu2nya faktor yang akan diperiksa. Mungkin orang miskin diperiksa sebentar dari sisi harta, namun dari sisi2 yang lain tidak sebentar.
والله أعلم بالصواب.

Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz
Diberdayakan oleh Blogger.