TALAQ KARENA MARAH
TALAQ KARENA MARAH
Pertanyaan :
Bismillah. Assalamu'alaykum. Ana seorang ukhtee. Ana punya soalan untuk disampaikan kepada syeikh abu fairuz hafidzahullah.
Bismillah
Ana telah diceraikan oleh suami untuk ketiga kali bermakna ini sudah talaq ketiga. Kemarin ana ternampak fatwa yang mengatakan bahawa tidak jatuhnya talaq jika dilafazkan dalam keadaan marah. Seingat ana, ketika suami jatuhkan talaq yang pertama, dia lafazkan dalam keadaan marah dan beberapa hari kemudian suami mahu rujuk semula.
Ana jadi ragu dengan status penceraian ana sekarang. Apakah telah jatuh talaq yang pertama itu ataupun talaq itu tidak jatuh kerana suami lafazkan talaq dalam keadaan marah? Jika talaq pertama itu tidak jatuh, apakah talaq kali ini dikira talaq kedua?
Jazaakamullahu khairan.
Dijawab Oleh Syaikh Abu Fairuz حفظه الله :
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Hampir semua talaq adalah dilandasi kemarahan. Dan ternyata talaq tadi adalah sah. Berarti yang menjadi tolok ukur bukanlah ada atau tidak adanya kemarahan. Tapi beban syariat itu digantungkan pada keberadaan akal. Maka jika kemarahan tadi masih dikendalikan oleh akal; talaqnya sah. Namun jika kemarahan tadi sampai menghilangkan akal; itulah yang dinamakan sebagai talaq ighlaq, hukumnya tidak sah, dan tidak jatuh talaq.
والله أعلم بالصواب.
-selesai-
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAddailamiy