PERINGATAN DAN NASIHAT UNTUK ADMIN MAKTABAH AHMAD
PERINGATAN DAN NASIHAT UNTUK ADMIN MAKTABAH AHMAD
Pertanyaan :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apakah benar cara yg di tempuh oleh admin Maktabah Ahmad di dalam tulisannya terbaru, hendak memahami sesuatu permasaalahan beliau sekadar membaca beberapa kasus-kasus yang telah berlalu yang ditelah ditulis di internet oleh sebahagian mashayikh. Kemudian untuk memahamkan orang lain beliau menterjemahkannya pula. Tanpa beliau bertanyakan, memahami keadaan dan situasi yang berlaku didalam tulisan.
Beliau pula bermaksud hendak menyamakan kes yang berlaku dihari-hari ini (kasus kekeliruan sifulan dan csonya di markiz Perlis) dengan kes yang didalam tulisan.
Si admin Maktabah Ahmad merasakan tulisan-tulisan yang diterjemahkannya itu benar dan dengannya itu beliau berpegang, seolah-olah ia menjadi senjata untuk membungkam pihak yang mereka sedang beradu hujjah dengannya
Beberapa artikel-artikel beliau terjemah menggambarkan pihak lawan begini dan begitu yang intinya adalah pihak lawan (menurut tuduhan si Shahir) :-
Ghulat
Membuang ulama'
Takfir dan Tabdi' yang melampau
Membuat hasutan ditengah-tengah saf salafi
Tidak reti mengurus dakwah
Pihak yang ghuluw.
Taasub kepada pendapat peribadi
Berprasangka buruk kepada saudaranya.
Lancang kepada para ulama
Meninggalkan bimbingan ulama.
Tidak meletakkan ucapan para ulama ditempat yang betul.
Dan banyak lagi.
Namun si Admin Maktabah Ahmad ini thullab yang hanya 3 1/2 tahun di Dammaj, kondisi mengambil ilmunya tak berapa stabil kerana Dammaj sering diserang Houtsi ketika beliau disana, beliau pula masih berumur terlalu muda, emosionalnya tidak stabil, beliau belum cukup matang, beliau tidak berpengalaman atau terlibat dalam kes jarh wat ta'dil secara langsung (contoh kes Abdurrohman al Adeni yang berlaku di Dammaj).
Beliau tidak ada taqdim khusus dari para ulama salafi. Hanya taqdim buku-buku terjemahan beliau yang ditaqdim oleh Sheikhuna Abu Fairuz hafizahullah. Beliau ini hanya mengambil ilmu dari Sheikhuna Abu Fairuz beberapa ketika kemudian menghilang. Tahu-tahu apabila mertuanya menyerang Sheikhuna, beliau pula kehadapan menjadi panglima untuk menterjemahkan artikel para masyayikh bagi tujuan busuknya cuba membuat rancu dan mengelirukan sebahagian yang berpihak kepada mereka.
Apakah nasihat Sheikhuna kepada Admin Maktabah Ahmad?
Semoga jawapan Sheikhuna boleh memberi sedikit kesedaran kepada nya yang terlampau gelojoh nak kedepan menjadi paha betis kepada ahli kebatilan.
بارك الله فيك
----------------------------
Jawaban dengan memohon pertolongan pada Allah ta'ala :
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Shahir menyelisihi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم memerintahkan untuk kembali pada ajaran Salaf pada saat TERJADI FITNAH, dan Nabi tidak menyuruh untuk kembali pada ijtihad ulama di masing-masing zaman (yang tidak mendatangkan dalil yang menguatkan ijtihad mereka).
وعن أبي واقد الليثي -رضي الله عنه- قال: إن رسول الله ﷺ قال ونحن جلوس على بساط: «إنها ستكون فتنة» قالوا: وكيف نفعل يا رسول الله؟ فرد إلى البساط فأمسك به فقال: «تفعلون هكذا». وقال لهم رسول الله ﷺ يوما: «أنها ستكون فتنة»، فلم يسمعه كثير من الناس، فقال معاذ بن جبل: ألا تسمعون ما يقول رسول الله ﷺ؟ فقالوا: ما قال؟ قال: «إنها ستكون فتنة». فقالوا: فكيف لنا يا رسول الله؟ وكيف نصنع؟ قال: «ترجعون إلى أمركم الأول».
Dari Abu Waqid Al Laitsiy رضي الله عنه yang berkata : "Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda dalam keadaan kami sedang duduk-duduk di atas tikar: “Sesungguhnya akan terjadi fitnah.” Mereka bertanya: “Dan bagaimana kami harus berbuat wahai Rasulullah?” Maka beliau menggenggam tikar seraya bersabda: “Kalian melakukan seperti ini.” Dan pada suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya akan terjadi fitnah,” Akan kebanyakan orang tidak mendengar sabda beliau tadi.
Maka Mu’adz bin Jabal berkata: “Apakah kalian tidak mendengar apa yang disabdakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم?" Maka mereka bertanya: “Apakah yang beliau sabdakan?” Nabi bersabda: “Sesungguhnya akan terjadi fitnah.” Mereka bertanya: “Dan bagaimana dengan kami wahai Rasulullah? Bagaimana kami harus berbuat?” Maka beliau menggenggam tikar seraya bersabda: “Kalian (umat ini) kembali kepada urusan agama kalian yang pertama.” (HR. Ath Thabraniy dalam “Al Kabir” (3307) dan Ath Thahawiy dalam “Musykilul Atsar” (996) sanadnya shahih).
Tatkala terjadi perselisihan, Allah ta'ala memerintahkan untuk mengembalikannya pada dalil wahyu, bukannya pada ijtihad ulama.
Allah ta'ala berfirman :
وما اختلفتم فيه من شيء فحكمه إلى الله.
"Dan apapun yang kalian perselisihkan maka hukumnya adalah dikembalikan pada Allah."
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم memerintahkan untuk kembali kepada Sunnah beliau dan Sunnah Sahabat رضي الله عنهم saat terjadi perselisihan, bukannya pada ijtihad ulama di masing-masing zaman.
Dari Al Irbadh Bin Sariyah رضي الله عنه :
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
…ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻣَﻦْ ﻳَﻌِﺶْ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﺑَﻌْﺪِﻱْ ﻓَﺴَﻴَﺮَﻯ ﺍﺧْﺘِﻠَﺎﻓًﺎ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﺴُﻨَّﺘِﻲ ﻭَﺳُﻨَّﺔِ ﺍﻟْﺨُﻠَﻔَﺎﺀِ ﺍﻟْﻤَﻬْﺪِﻳِّﻴﻦَ ﺍﻟﺮَّﺍﺷِﺪِﻳﻦَ، ﺗَﻤَﺴَّﻜُﻮﺍ ﺑِﻬَﺎ ﻭَﻋَﻀُّﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺑِﺎﻟﻨَّﻮَﺍﺟِﺬِ، ﻭَﺇِﻳَّﺎﻛُﻢْ ﻭَﻣُﺤْﺪَﺛَﺎﺕِ ﺍﻟْﺄُﻣُﻮﺭِ، ﻓَﺈِﻥَّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺤْﺪَﺛَﺔٍ ﺑِﺪْﻋَﺔٌ، ﻭَﻛُﻞَّ ﺑِﺪْﻋَﺔٍ ﺿَﻠَﺎﻟَﺔٌ
"…karena sesungguhnya orang yang hidup di antara kamu sesudahmu akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa’(para sahabat) yang mendapat petunjuk, Berpegang teguhlah kamu padanya dan gigitlah dengan geraham-geraham (mu), dan jauhilah hal-hal yang diada-adakan (dalam agama) karena setiap yang baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan”. [HR Abu Dawud, no. 4607; Tirmidzi 2676; Ad Darimi; Ahmad, dan lainnya, hadits shahih lighairih).
Al Imam Asy Syathibiy رحمه الله berkata tentang ahli taqlid: “Dan mereka menggugurkan pemeriksaan dan pencarian terhadap ucapan-ucapan ulama Mutaqaddimin sama sekali di dalam masalah tadi, karena berbaik sangka kepada para tokoh (Mutaakhkhirin), dan mencurigai ilmu (yang benar), sehingga sikap tadi menjadi bid’ah yang terus berjalan.” (“Al I’tisham”/ hal. 539).
Al Imam Asy Syathibiy رحمه الله berkata: “Amalan orang alim telah menjadi hujjah menurut orang awwam, sebagaimana ucapan orang alim juga dijadikannya sebagai hujjah yang mutlak dan menyeluruh dalam fatwa. Maka berkumpullah pada orang awwam ini amalan yang disertai keyakinan akan bolehnya perbuatan itu dengan adanya syubhah (kekaburan) dalil. Dan ini benar-benar merupakan kebid’ahan itu sendiri.” (“Al I’tisham”/1/hal. 364).
Shahir hanyalah menempuh bid'ahnya orang awam yang menjadikan ijtihadnya ulama sebagai patokan kebenaran tanpa tahu apa dalil ulama di dalam memilih pilihan tadi.
Sebagaimana dikatakan oleh Al Imam Asy Syathibiy رحمه الله.
Shahir hanyalah menempuh bid'ahnya orang mubtadi'ah yang menjadikan ijtihadnya ulama sebagai patokan kebenaran tanpa tahu apa dalil ulama di dalam memilih pilihan tadi.
Sebagaimana dikatakan oleh Al Imam Ibnul Qayyim رحمه الله.
Al Imam Ibnul Qayyim رحمه الله berkata tentang perbedaan antara Ahlussunnah dan Ahli bid’ah: “... di antaranya adalah: bahwasanya Ahlussunnah ketika ada perselisihan, mereka mengajak untuk berhukum pada Sunnah, bukan pada pendapat dan akal para tokoh.” (“Mukhtasharush Shawa’iq”/hal. 603/ cet. Darul Hadits).
Al Imam Ibnul Qayyim رحمه الله juga berkata tentang perbedaan antara Ahlussunnah dan Ahli bid’ah: “Dan di antaranya adalah: bahwasanya Ahlussunnah jika dikatakan pada mereka: “Allah berfirman, Rasul-Nya ﷺ bersabda” hati mereka berhenti pada dalil-dalil tadi dan tidak melampauinya kepada yang lain, dan tidak berpaling pada “Apakah ucapan si Fulan? Dan si Fulan?” Sementara ahli bid’ah, menyelisihi yang demikian itu.” (“Mukhtasharush Shawa’iq”/hal. 604/ cet. Darul Hadits).
Shahir dalam kedegilannya itu menempuh jalan orang-orang yang terancam bahaya kesesatan, sekalipun bernaung di balik kebesaran ijtihad orang yang tidak ma'shum, karena mereka tidak mendatangkan dalil yang menguatkan ijtihad mereka.
Al Imam Al Mu’allimiy رحمه الله berkata: “Dan ketahuilah bahwasanya Allah ta’ala terkadang menjatuhkan sebagian orang-orang yang ikhlas ke dalam suatu kesalahan sebagai ujian bagi orang lain: apakah mereka mengikuti kebenaran dan meninggalkan ucapan orang tadi, ataukah mereka terpedaya dengan keutamaannya dan keagungannya? Dia sendiri mendapatkan udzur dan bahkan mendapatkan pahala atas ijtihadnya, tujuannya mencari kebaikan, dan bukannya dia bersikap kurang. Akan tetapi orang yang mengikutinya karena terpedaya oleh keagungannya tanpa menoleh pada hujjah-hujjah hakiki dari Kitabullah ta’ala dan Sunnah Rasul-Nya ﷺ; maka dia tidak mendapatkan udzur. Bahkan dia berada di atas bahaya yang besar.” (“Raf’ul Isytibah”/hal. 294/ cet. Daru Alamil Fawaid).
----------------------------
(Di Jawab oleh Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله)
Selasa 19 Syawwal 1444 / 9-05-2023
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy