Malaikat berdo'a?
Berdo'alah untuk kebaikan kepada saudaramu (secara rahsia), nescaya Malaikat akan meng-aminkan serta mohon agar dikembalikan do'a tersebut kepada pembacanya.
Maka, banyakkanlah berdoa serta beramal menurut AsSunnah.
Diantara ringkasan faedah dari Kuliah ba'da Zohor Syaikh Abu Fairuz
Haafidzahullah
بارك الله فيه
----------------------
Rujuk Hadith dibawah
Daripada Abi Darda’ radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]
-------------
Faidah dari Abu Anas Al Malaysiy hafidzahullah
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy
Tags
tanya jawab
