BREAK
  • Memuat berita terbaru...

HIDUP DI DUNIA ITU HANYA SEBENTAR SAJA

HIDUP DI DUNIA ITU HANYA SEBENTAR SAJA

Sabar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

حياكم الله
Afwan jika menganggu waktu antum.

Ana sedang menukil faedah dan sedikit tambahan untuk durus pagi tadi..

Cuma inginkan kepastian, samada 1 hari diakhirat bersamaan dengan 50,000 tahun atau seribu tahun didunia.

-------------
Surah Al-Ma’arij, Ayat 4
تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

“Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada-Nya dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.”
(Surah Al-Ma’arij: 4)

Satu hari diakhirat bersamaan 50,000 / 1,000 tahun didunia.

Dalil:  Allah Ta'ala  berfirman (terjemahan) "Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya *sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari apa yang kamu hitung*." (Surah Al-Hajj: 47)

1 hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia.

1 jam di akhirat = 41.6 tahun di dunia.

1 minit di akhirat = 246.5 hari di dunia.

1 saat di akhirat = 4.16 hari di dunia.

Maka, jika usia purata manusia di dunia adalah sekitar 70 hingga 80 tahun, tempoh masa itu hanya bererti kira-kira dua jam sahaja mengikut ukuran masa di akhirat.

Jadi dalam baki masa yang teramat singkat ini,  sama-sama kita manfaatkan kearah kebaikan dan ketaqwaan.

Diantara faedah dan sedikit tambahan dari kuliah pagi Syaikh Abu Fairuz haafidzahullah.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

(Dijawab Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy Hafidzahullah)

Sabtu, 8 Rabi'ul Akhir 1448 /19-9-2026
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy
Lebih baru Lebih lama