HUKUM BERPUASA MENGGANTIKAN HUTANG PUASA ORANG YANG MENINGGAL
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، شيخ أبا فيروز حفظه الله،
Ana harap Syeikh dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah Ta 'alaa.
Ana ingin memohon sedikit pencerahan daripada Syeikh berkenaan hukum fidyah dan puasa bagi seseorang yang telah meninggal dunia.
Baru-baru ini, suami kepada sepupu ana telah meninggal dunia. Selepas itu, sepupu ana bertanya mengenai fidyah puasa. Ana ada mendengar audio Syeikh sebelum ini berkaitan fidyah dan ingin mendapatkan kepastian supaya tidak tersilap dalam perkara ini.
Setakat yang ana faham, fidyah diberikan bagi seseorang yang masih hidup tetapi berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu berpuasa, iaitu dengan memberi makan kepada seorang yang memerlukan bagi setiap satu hari puasa yang ditinggalkan, dengan kadar makanan yang sewajarnya.
Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai 3 hari puasa yang tidak mampu ditunaikan, lalu dia memberi makan kepada 3 orang yang memerlukan dalam satu hari, adakah itu dikira sebagai fidyah bagi 3 hari puasa tersebut?
Bagaimana pula dengan seseorang yang telah meninggal dunia dan masih mempunyai hutang puasa?
Adakah benar bahawa bagi orang yang telah meninggal dunia, tidak dikenakan fidyah, sebaliknya puasa tersebut boleh digantikan oleh anaknya atau orang yang paling hampir dengannya?
Dalam hal ini, adakah seorang isteri dibolehkan menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh suaminya yang telah meninggal dunia?
Dan sekiranya dibolehkan, bagaimana pula jika ana sendiri, yang tidak mempunyai pertalian darah dengan arwah, ingin berpuasa bagi menggantikan puasa arwah? Adakah ia juga dibolehkan?
Jika perkara tersebut dibolehkan, adakah kami boleh bergabung sesama ahli keluarga dan kenalan, dengan setiap orang berpuasa beberapa hari bagi menggantikan jumlah hari puasa yang ditinggalkan oleh arwah?
Ana mohon Syeikh jelaskan juga sekiranya terdapat perbezaan hukum atau perincian berdasarkan keadaan arwah ketika masih hidup — contohnya sama ada beliau meninggalkan puasa kerana uzur yang berpanjangan atau kerana sebab lain.
Ana mohon pencerahan Syeikh agar kami dapat melaksanakan perkara ini dengan cara yang benar dan menepati Sunnah, insya-Allah.
Jazakumullahu khairan kathiran atas masa dan ilmu yang Syeikh curahkan. Semoga Allah Ta'alaa memberkahi Syeikh dan keluarga, melimpahkan rahmat-Nya kepada Syeikh serta membalas segala usaha Syeikh dalam menyebarkan ilmu dan Sunnah.
بارك الله فيكم، وجزاكم الله خيرًا، ونفع الله بكم.
آمين.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(Dijawab Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy Hafidzahullah)
Ahad, 16 Rabi'ul Akhir 1448 /27-9-2026
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy
