Header Ads

Kajian Kitab Riyadhus Shalihin (BAB : 16: Menjaga Sunnah dan Adabnya) #2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kajian Kitab Riyadhus Shalihin

Bab 16: Menjaga sunnah dan adabnya


🎙Oleh Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin sukoyo Al Indonesiy Al Jawiy Al Qudsy حفظه الله

Hadits 2

Dari Abu Najih al-'Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu Anhu, katanya: "Rasulullah ﷺ pernah memberikan nasihat kepada kita semua, iaitu suatu nasihat yang mengesankan sekali, hati dapat menjadi takut kerananya, matapun dapat bercucuran. Kita lalu berkata: "Ya Rasulullah, seolah-olah itu adalah nasihat seseorang yang hendak bermohon diri. Oleh sebab itu, berilah wasiat kepada kita semua!" Beliau ﷺ bersabda:

"Saya berwasiat kepadamu semua, hendaklah engkau semua bertaqwa kepada Allah, juga tetap mendengar perintah  dan taat sekalipun yang memerintah atasmu itu seorang hamba sahaya Habasyah, Kerana orang yang hidup setelah kalian kelak akan mengalami banyak perselisihan. Maka dari itu hendaklah engkau semua menetapi sunnahku dan sunnah para Khulafaur Arrasyidin yang memperolehi petunjuk Allah, gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi-gigi geraham kalian. Jauhilah oleh kalian dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya segala sesuatu kebid'ahan itu adalah sesat."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Semoga mendapat faedah-faedah dan manfaatnya

إن شاء الله

بارك الله فيكم
Sumber Channel Telegram: رياض الصالحين
Diberdayakan oleh Blogger.