Header Ads

Kitab "التعاليق السنية على الأمثال في القرآن لابن قيم الجوزية"

Sumber Channel Telegram: التعاليق السنية

Judul:
 التعاليق السنية على الأمثال في القرآن لابن قيم الجوزية
Untuk pemesanan klik gambar


Pengarang:
Syeikh Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Jawi

Terbitan: Maktabah Fairuz Ad-Dailamy Publishing

Size: B5

Muka surat: 128

[BUKU INI MENGGUNAKAN BAHASA ARAB]
______________________________

Tentang Buku:

Sesungguhnya Allah 'azza wajalla telah menurunkan Al-Quran ke atas para hamba-Nya untuk mereka membaca, mengambil pelajaran dan beramal dengannya sementara tidak mungkin seseorang itu dapat mengambil pelajaran daripada Al-Quran ini melainkan setelah dia menghayatinya (tadabbur). Termasuk di antara perkara yang wajib dihayati adalah perumpamaan-perumpamaan di dalam Al-Quran yang Allah letakkan untuk membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil sebagai isyarat kepada tingginya kedudukan para ulama.

Sungguh Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah menyebutkan sejumlah perumpamaan yang diletakkan di dalam Al-Quran lalu beliau mentafsirkannya dan menerangkannya dengan sebaik-baik penerangan di dalam kitab beliau "I'lam al-Muwaqqi'in 'an Rabb al-'Alamin" kemudian diasingkan perbahasan ini secara khusus di dalam satu risalah oleh sebahagian murid beliau kemudian dicetak dengan judul: "Al-Amthal fi al-Qur'an" (Perumpamaan-Perumpamaan Di Dalam Al-Quran).

Kemudian, risalah ini diberikan tambahan perkhidmatan lagi oleh Syaikhuna Abu Fairuz Abdul Rahman al-Jawi hafizahullah dengan memberikan taklik kepada sebahagian perenggannya dan menyebutkan takhrij bagi hadith-hadithnya. Beliau juga menyebutkan perbahasan ringkas tentang biografi Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah. Semoga orang ramai dapat mengambil faedah daripada kitab ini dan semoga Allah membalas dengan kebaikan kepada Imam Ibn al-Qayyim dan seluruh mereka yang berkhidmat kepada kitab ini.
______________________________

Isi Kandungan:

1) Takdim Syeikh Abu Abdillah Zayed al-Wusabi al-Yamani hafizahullah

2) Ijazah Periwayatan Karya-Karya Ibn al-Qayyim daripada Syeikh 'Adil bin Ahmad bin Ali Syaikh hafizahullah

3) Mukadimah Syeikh Abu Fairuz hafizahullah

4) Bab 1: Biografi Ringkas Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah

5) Bab 2: Nukilan Kalam Ibn al-Qayyim Tentang Perumpamaan Di Dalam Al-Quran

-Perumpamaan Orang Munafik

-Perumpamaan Orang Mukmin

-Perumpamaan Kehidupan Dunia

-Perbandingan Di Antara Orang Kafir Dengan Mukmin

-Perumpamaan Orang Yang Bertawakkal Kepada Selain Allah

-Perumpamaan Amalan Orang-Orang Kafir

-Perumpamaan Keadaan Orang-Orang Kafir Di Dalam Kegelapan

-Perumpamaan Kebanyakan Manusia Seperti Binatang Ternakan

-Perumpamaan Buruknya Perbuatan Syirik Kepada Allah

-Qiyas al-Thard dan Qiyas al-'Aks

-Perumpamaan Sesembahan Yang Benar dengan Sesembahan-Sesembahan Yang Batil

-Pendapat Kedua Dalam Masalah Ini

-Perumpamaan Orang Yang Berpaling Daripada Kalam Allah Dan Daripada Menghayatinya

-Perumpamaan Orang Yang Mengetahui Kebenaran Namun Tidak Beramal Dengannya

-Perumpamaan Orang Alim Yang Menuruti Hawa Nafsu

-Perumpamaan Ghibbah Tanpa Hak

-Perumpamaan Lain Amalan Orang Kafir

-Kalimah Tauhid Dan Kesannya Di Dalam Jiwa Seorang Mukmin

-Hikmah Perumpamaan Mukmin Dengan Pokok

-Membuat Perumpamaan Untuk Orang Kafir

-Soalan Di Dalam Kubur

-Malangnya Keadaan Orang Musyrik

-Perumpamaan Lemahnya Berhala

-Perumpamaan Orang Kafir Yang Tidak Mengambil Manfaat Daripada Dakwah [Nabi]

-Perumpamaan Infak Di Jalan Allah

-Perkara Yang Membatalkan Amalan

-Perumpamaan Infak Orang Kafir Dan Kerugian Mereka

-Perumpamaan Musyrik Dengan Muwahhid

-Yang Dinilai Adalah Amalan Bukan Sekadar Hubungan Kekerabatan

-Perumpamaan Mukmin Dalam Wujud Atau Tidak Wujudnya Hubungan Kekerabatan

-Isi Kandungan
______________________________

Kitab ini akan dibacakan oleh Syaikhuna Abu Fairuz pada malam besok insyaAllah -secara atas talian- sebagai ganti daripada kitab Talkhis al-Hamawiyyah.
Diberdayakan oleh Blogger.