Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 5
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Muqoddimah Tafsir Ibnu Katsir
(Sambungan Tafsir Surah Al-Fatihah)
Berkata Imam Ibnu Katsir rohimahullah, kemudian perbahasannya adalah ttg perkara2 yg terkait dgn hadith ini iaitu ttg pembahagian ayat2 dalam Fathihatul Kitab yg khusus untuk surat al-Fatihah.
Pembahasannya ada beberapa sisi:
i. Telah diistilahkan utk Fathihatul Kitab itu dgn solat.Surah al-Fatihah dinamakan dgn solat, dan yg dimaksudkan dgn solat di sini adalah bacaan (qiro’ah).
Sebagaimana firman Allah taala di dlm surat al-Isro’ itu:dan jgnlah engkau mengeraskan suaramu dan jgnlah engkau melirihkan solatmu, iaitu dgn suara yg sgt pelan. Tapi carilah pertengahan dari kedua perkara tadi. Kata Ibnu Katsir, yg dimaksudkan dgn solat di sini adalah qiro’ah, iaitu pembacaan yg engkau lakukan. Sebagaimana telah dtg riwayat dgn terang masalah ini di dlm kitab sohih.Aku membagi solat antara diriKu dgn hambaKu menjadi 2 bahagian. Setengahnyaa untukKu dan setengahnya utk hambaKu, dan hambaKu akan mendapatkan apa yg dia minta. Kemudian Allah taala menerangkan ttg perincian dari pembahagian tadi di dlm pembacaan surat al-Fatihah.
Maka ini menunjukkan ttg agungnya pembacaan tadi di dlm solat dan bahawasanya dia termasuk di dlm rukun solat yg paling besar. Sampai2, dia itu yg dinamakan dgn solat. Kenapa? Kerana ibadah tadi disebutkan secara mutlak iaitu solat. Ternyata yg diinginkan hanya 1 bahgiannya saja iaitu qiro’ahnya, iaitu qiro’ah Fathihatul Kitab yg diinginkan di sini. Sebagaimana telah digunakan istilah qiro’ah ttp yg diinginkan adalah solat(sebaliknya) seperti di dlm firman Allah taala di dalam al-Qur’an: kerjakan pembacaan di waktu fajar, sesungguhnya pembacaan di waktu fajar itu disaksikan. Di sini al-Qur’an dimaksudkan dgn solat subuh. Ini menunjukkan ttg betapa tingginya nilai qiro’atul fathihah di dlm solat, sampai2 dia yg disebutkan secara khusus. Yg dimaksudkan dgn bacaan di waktu fajar adalah solat fajar. Sebagaimana tlh dtg riwayat secara terang ttg masalah ini. Di dlm Sohih Bukhori dan Muslim: bahwasanya solat fajar itu dihadiri oleh malaikat malam dan malaikat siang. Yash’had bukan sekadar dilihat ttp betul2 mereka juga ikut solat. (Maaruf, hadith mutaffaqun alaihi dari Abu Hurairah).
Maka ini semua menunjukkan wajib utk membaca di dlm solat, dan ini adalah kesepakatan dari para ulama. Akan ttp,mereka berselisih pendapat di dlm suatu masalah yg akan kami sebutkan di sisi yg kedua, iaitu apakah wajib membaca Fathihatul Kitab di dlm solat, ataukah bacaan secara umum? Ataukah sudah sah Fathihatul Kitab ataupun surat2 yg lain? Ini terbagi menjadi 2 pendapat yg terkenal. Maka mengikut Abu Hanifah dan pengikutnya dan org yg menyetujuinya (selain mereka) Fathihatul Kitab itu tidak wajib. Bahkan apapun yg dibaca dari al-Qur’an itu sudah sah utknya di dlm solat. Mereka berdalilkan dgn keumuman firman Allah taala: “maka bacalah apa yg senang/mudah dari al-Qur’an”. Dan berdalilkan dgn apa yg sudah pasti di dlm Sohih Bukhori dan Muslim dari hadith Abi Hurairah ttg org yg jelek solatnya. Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya setelah menyuruhnya mengulang lagi solatnya. Kalua engkau berdiri utk solat maka bertakbirlah, lalu bacalah apa yg mudah bagimu dari al-Qur’an. Maka pendapat ini mengatakan Rosululloh memerintahkan org tadi utk membaca apa yg mudah dan Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mengharuskan bagi dia al-Fatihah ataupun surat2 yg lain. Maka ini menunjukkan apa yg kami sebutkan iaitu tidak harus Fatihah. Ini pendapat pertama.
ii. Pendapat kedua: Wajib membaca Fathihatul Kitab di dlm solat dan tidak sah solat tanpa itu, kerana telah ditentukan iaitu Fatihatul Kitab, dan ini adalah pendapat para imam yg lain: Malik, Syafi’e dan Ahmad ibnu Hambal; pendapat mayoritas ulama. Mereka berdalilkan ttg masalah Fatihatul Kitab dgn hadith yg disebutkan ini: iaitu hadith Abi Hurairah ttg Allah taala menamakan Fatihatul Kitab dgn solat, menunjukkan dialah yg diinginkan di dlm solat, iaitu hadith yg Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebutkan iaitu “fasolatuhu khidaj” yg mana Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: barangsiapa mengerjakan suatu solat yg dia tidak membaca di dlmnya Ummul Qur’an maka solatnya itu tidak sempurna (kurang).
Sebagaimana Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri menyebutkan di dlm hadith ini, iaitu tidak sempurna (yg lebih kuat lagi makna hadithnya). Mereka berdalilkam dgn hadith yg telah pasti di dlm sohihain Hadithi Zuhri dari Mahmud bin Robi’… Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: tidak ada solat bagi org yg tidak membaca Fatihatul Kitab. Peniadaan yg mutlak menunjukkan betul2 yg ditiadakan itu tidak ada secara zatnya. Sementara kita lihat zatnya ada, orgnya mengerjakan solat. Bererti jelas ini pindah yg kedua iaitu ‘nafyu-sihah’ iaitu yg ditiadakan adalah kesohihannya, iaitu solat tidak sah bagi org yg tidak membaca Fatihatul Kitab. Abi Hurairah berkata, Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: tidak sah solat yg tidak dibacakan di dlmnya Ummul-Qur’an.
Disebutkan dlm catatan kaki, isnaduhu sohih. Dan juga disebutkan oleh Ibnu Hajar di dlm al-Takhisul Hadith, Darul Qutni mengatakan ini disohihkan oleh Ibnu Qotthon. Ini menguatkan yg tadi, tidak ada solat maksudnya adalah solatnya itu tidak sah. Dan hadith2 yg ada di dlm bab ini banyak, sisi perbincangan/perdebatan di sini akan terlalu panjang penyebutannya dan kita telah mengisyaratkan dalil yg mereka ambil dlm masalah itu.
Kemudian, sesungguhnya mazhab Syafi’e dan sekelompok dari para ulama membacanya itu wajib di setiap rokaat, sementara yg lain mengatakan dia hanyalah wajib di kebanyakan rokaat (tidak harus setiap rokaat). Al-Hasan al-Basri dan kebanyakan dari org2 Basrah berpendapat qiroatul Fatihah itu hanya wajib di 1 rokaat saja di dlm solat2 yg ada, iaitu dlm rangka mengambil kemutlakan hadith tadi: “Tidak ada solat bagi org yg tidak membaca Fatihatul Kitab.” Berkata Abu Hanifah dan as-Thauri: tidak wajib, kalua tidak dibaca di seluruh rokaat maka tidak apa2,kerana memang Fatihatul Kitab tidak wajib.
Kalaupun dia membaca yg lain, itu sudah sah. Berdasarkan firman Allah taala: bacalah apa yg mudah dari al-Qur’an. Tp telah dijelaskan oleh Syaikhul Islam dan lain2 bahawa Fatihatul Kitab itu mudah dan telah dijelaskan oleh Rosulullah bahkan inilah yg wajib dan Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah penjelas atas apa yg Allah taala sebutkan secara global. Ini adalah pembahagian mazhab yg sohih terkait dgn masalah Fatihatul Kitab. Sebagaimana tlh berlalu, wallahu ‘alam.
Kelanjutannya besok, insya Allah, wallahu ‘alam.