Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 6

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz




Muqoddimah Tafsir Ibnu Katsir:
(Sambungan Surat al-Fatihah)

Berkata Imam Ibnu Katsir rohimahullah: diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Sufyan as-Sa’di...(marfu’an): tidak ada solat bagi org yg tidak membaca di setiap roka’at surat ‘al-Hamdu’ dan 1 surat yg lain di dlm solat wajib ataupun solat yg lain. Disebutkan di dlm catatan kaki: sanadnya Ibnu Majah ini dhoif kerana ada Sufyan as-Sa’di. Ibnu Abdil Bar mengatakan: sepakat para ulama mengatakan org ini lemah. Tetapi dia mendapatkan mutaba’ah ada yg mendukungnya iaitu dtg dari jalur yg lain; iaitu dari jalur Qotadah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Hibban. Dan ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud; disebutkan di dlm catatan kaki di sini dan sanadnya sohih. Didatangkan riwayat ini oleh Imam Ibnu Katsir utk menegaskan yg betul adalah Fatihathul Kitab itu mmg setiap rokaat. Bukan hanya setiap solat, ttp setiap rokaatnya. 

Adapun utk lafaz yg setelahnya iaitu dgn surat yg lain memang ini dia tidak ada penguat. Yg ada penguat adalah hanya utk Fathihatul Kitab itu.

Ibnu Katsir mengatakan perlu diteliti kesohihan dari hadith ini, kerana ada Sufyan as-Sa’di. 

Dan penjelasan ttg penentuan masalah ini semua ada dlm kitab al-Ahkam ul-Kabir, wallahu ‘alam. Dan kitabnya hilang kecuali 1 jilid yg pertama. Seandainya sampai ke kita إن شاءلله betul2 faedah yg sgt besar. Itu sudah dicetak (kitab al-Ahkam ul-Kabir, karya Ibnu Katsir) sehingga sampai skrg beliau mmg terkenalnya dlm masalah tafsir dan siroh, dan juga dlm masalah hadith. Ttp kitab al-Ahkam ul-Kabir, ada di Dammaj, cetakan utk 1 jilid pertama dan betul2 memang beliau imam besar. Dan الحمدلله sekarang sudah semakin byk kitab2 yg masih mahtud yg dipotret dan kemudian dicetak. Kata sebagian masyaih ada sekitar 7000 mahtud yg masih belum ditulis dgn komputer. Jadi boleh jadi di antara ribuan kitab2 yg masih tulisan tgn itu ada kitab2 yg sgt penting ini.

Pembahasan yg ke 3: 
Apakah wajib membaca al-Fatihah utk makmum? 

Ada 3 pendapat dari kalangan ulama.

Yg pertama: wajib bagi dia utk membacanya, sebagaimana wajib bagi imamnya, berdasarkan keumuman hadith yg terdahulu. 

Ini umum, baik makmum ataupun imam, ketika dia solat munfarid ataupun jamaah. Sama saja apakah solatnya itu wajib atau mustahab. 

Sama saja solatnya adalah ‘ada’an’ atau ‘qodo’an’ semuanya adalah masuk ke dlm keumuman dalil2 tadi dan ini adalah mazhab Abu Hurairah rodiallahu’an. 

Setelah membacakan hadith itu lalu ada org bertanya: “sementara kami ini di blkg imam, bagaimana kami membaca?” Maka beliau mengatakan: baca pada dirimu sendiri, jgn berkeras2. Jgn sampai imam terganggu. 

Pendapat yg ke2: tidak wajib bagi makmum utk membaca sama sekali bagi Fatihah atau yg selainnya, dalam solat yg suaranya keras dan yg suaranya itu pelan2, yg suaranya jelas atau samar2, berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dlm musnad beliau: dari Jabir dari nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “barangsiapa punyai imam maka bacaan imam adalah untuknya” tp dlm sanadnya dhoif wp Syeikh al-Albani menghasankan hadith ini. Tapi Ibnu Katsir sudah mendhoifkan hadith ini. Biasanya bila Ibnu Katsir mengatakan dhoif, maka ini yg betul. Kerana kadang2 bila hadith itu dhoif beliau diam saja, tp bila beliau sampai mengatakan dhoif, maka jelas sekali kedhoifan hadith itu.

Disebutkan di dlm catatan kaki, ada beberapa jalur dari Imam Ahmad itu ttp semuanya tidak kosong dari kelemahan. Dan diriwayatkan dari Tobroni dlm sanadnya ada Abu Harun al-Abdi, dia matru’. Dan juga ada dlm jalur yg lain yg zohirnya adalah syad atau munkar, kerena Darul Qutni mengatakan tidak ada yg meriwayatkan secara musnad dari Abu Musa selain al-Husain dan Umaroh dan keduanya adalah lemah. Dan juga diriwayatkan dari hadith Ibnu Umar, di dlm sanadnya ada Muhammad bin Fadhil, matru’. 

Datang dari jalur yg lain dari hadith Jabir di dlm hadthnya ada Jabir bin Ju’fi dan dia kazzab. 

Dari jalur yg lain iaitu hadith Umaroh tp sanadnya zohirnya syad atau mungkar kerana menyelisihi para rowi yg lebih tsiqoh. Wp kemudian ada sebagian ulama mengatakan “boleh ini saling menguatkan satu sama lain” tp apa? Tidak betul. Kerana terlalu berat kelemahannya itu.

Adapun kalau Syeikh al-Albani, mengatakan di sini bahawa beliau menghasankan hadith ini setelah menggabungkan jalur2 yg ada dan sebagainya.

Ini kembalinya kpd perselisihan ulama ttg hukum hadith tadi. 

Diriwayatkan olh Ibnu Malik dari Jabir; utk ke Rosulullah dhoif, ke sahabat Jabir maka zohir sanadnya adalah sohih. Zohirnya, ttp mmg terjadi perselisihan. Adapun yg mensohihkan ini maka apa ini ijtihad dari Jabir, bukan dari Rosulullah kalaupun itu sohih dari Jabir. 

Disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir selanjutnya: dan telah diriwayatkan hadith ini dari beberapa jalur dan tidak ada sesuatu yg sohih di situ dari nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Wallahu ‘alam.

Maka tidak boleh ijtihad seorang sahabat kalau tidak dikuatkan oleh para sahabat yg lain kemudian sampai zohirnya menentang atau menyelisihi hadith2 dari nabi yg telah jelas itu. 

Pendapat yg ke3: wajib bagi makmum utk membaca di dlm solat2 yg imamnya tidak menbaca dgn keras, berdasarkan dalil yg terdahulu dan tidak wajib utk dia membaca al-Fatihah di dlm solat yg suaranya keras.

Berdasarkan apa yg telah pasti di dlm Sohih Muslim dari hadith Abi Musa al-Ash’ari; sabda Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “hanyalah imam itu dijadikan utk diikuti. Kalau imam bertakbir maka bertakbirlah kalian. Kalau dia membaca maka diamlah. Kita membaca ttp bukan ketika imam sedang membaca (membaca yg wajib)

Demikian disebutkan oleh para alhi sunan yg lain. Dari Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Hurairah rodiallahu’an dari nabi sallallahu’alalhi wasallam bersabda: kalau imam membaca maka diamlah kalian. Dan ini juga disohihkan oleh Muslim bin Hajjaj. Di samping riwayat beliau yg dlm sohih itu, beliau juga mensohihkan riwayat yg lain. 

Maka 2 hadith ini menunjukkan sohihnya pendapat ini, dan ini pendapat lama dari Syafi’e, iaitu tidak wajib membaca kalau imam yg di dlm solat2 yg suaranya keras. Adapun dlm pendapat yg jadid Imam Syafi’e merojihkan pendapat pertama kerana dalil2nya betul2 mutlak dan umum. Tinggal apa... jgn membaca ketika imam sedang membaca, terutama yg Fathihatul Kitabnya. Adapun ketika imam membaca yg mustahab maka kita sekarang diharuskan utk membaca sesuatu yg wajib dan bahkan sesuatu yg rukun iaitu Fathihatul Kitab. Maka tentunya ini kewajiban yg jauh lebih besar utk kita (membaca Fathihatul Kitab) 

Tujuan dari penyebutan masalah2 ini di dlm kitab tafsir ini adalah penjelasan ttg kekhususan surat al-Fatihah dgn hukum2 yg tidak terkait dgn surat2 yg lain. Ini menunjukkan betapa besar surat Fathihatul Kitab itu dari surat2 yg lain. Wallahu’alam. 

Kelanjutannya besok, إن شاءلله
Diberdayakan oleh Blogger.