Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 11

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz




Tafsir al-Fatihah:
 
Dari Sohih Muslim, dari Abu Dzar beliau mengatakan, Rosululloh sallallahu’alaihi wasallam bersabda: “akan memutuskan solat seseorang, iaitu wanita, keldai dan anjing hitam, iaitu kalau lewat di hadapan org yg sedang solat, dan ini apabila wanita itu sudah haid, iaitu telah mencapai umur baligh”. Maka saya bertanya: wahai Rosululloh, ada apa dgn anjing hitam dibandingkan dgn anjing merah atau anjing kuning? Rosululloh sallallahu’alaihi wasallam menjawab:”anjing hitam itu adalah syaiton. (Hadithnya diriwayatkan oleh Imam Muslim dll). Dan telah dibahas di dlm dars Syeikh Yahya ketika membahas Sunanul Sughro punya Imam al-Baihaqi, bahawasanya al-qotoq terbahagi 2: qot’ul-butlan dan qot’ul dan qot’un-noqson. Qot’ul-butlan adalah pemutusan yg menyebabkan betul2 batal solatnya itu di sisi Allah taala. Qot’un-noqson, iaitu putus kesempurnaannya, jadinya kurang. Yg disebutkan di dlm hadith ini adalah qot’ul-butlan, sampai batal solatnya, iaitu kalau seorg lelaki solat dia dilewati wanita yg sudah baligh. Dilewati maksudnya dia tidak punya sutroh, wanita itu lewatnya dekat sekali dgn dia, atau dia punya sutroh ttp lewatnya dekat sekali. Adapun kalau dia punya sutroh dan wanita itu lewatnya agak jauh di balik sutrah sana, maka ini tidak sampai memutuskan solat dia. Demikian pula kalau anjing hitam dan himar. Kalau masalah wanita boleh jadi kesnya tidak spt yg dikatakan oleh Aisyah rodiallahu’anha”bgmana kalian menyamakan kami para wanita dgn himar dan anjing”. Bukan menyamakan, tp ini Rosululloh yg bersabda, dan perbahasannya lain2. Kalau wanita, boleh jadi terkait dgn syahwat. Adapun kalau anjing hitam, ini mmg kaitannya dgn setan. Kalau himar, ini yg masih belum jelas masalah hikmahnya. Tapi Rosululloh bersabda, maka itu pasti betul. Maka yg lain2, kembali pd keumuman hadith Abi Said al-Khudri rodiallahu’anh; disuruh utk menolak semampunya. Kalau ternyata dia masih nekad, maka hendaknya dia diperangi. Bahkan para ulama mengatakan, bila telah sampai tingkat nekad, dan diperangi. Masih nekad juga, sampai akhirnya dia terbunuh, maka tidak ada qowad (qisos) dan tidak ada pembayaran diyad, kerana ini temasuk dlm bab daf’ul soil (menolak org yg menyerang). Kerana skrg dia menyerang. Bkn menyerang hak kita secara kemanusiaan, ttp hak kita dgn Allah. Kalau sampai mati, itu salah dia sendiri. Ini menunjukkan hukum keras dari Rosululloh sallallahu’alaihi wasallam semacam tadi menunjukkan memutuskan solat dia juga. Ttp putusnya adalah qot’un-noqson, pahalanya berkurang, sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Yahya dalam dars tersebut, dari al-Baihaqi. Itu utk yg lain2 yg melewati kita dlm jarak yg sgt dekat.
 
Dari sisi dalilnya, didatangkan oleh Imam Ibnu Katsir; al-qalbu aswad adalah syaiton. Ini menunjukkan bahawasanya mmg ada syaiton dari kalangan binatang. Bahawasanya Umar Ibnu al-Khottob rodiallahu’anh menaiki birzaun (kuda bangsawan yg biasa dinaiki oleh org2 Persia dan Romawi) maka mulailah kuda ini berbangga2 dgn adanya Umar di atasnya. Maka mulai Umar memukul kuda ini, kerana gayanya yg sombong. Ternyata pukulannya itu tidak menambahi kuda itu kecuali semakin sombong dia. Lalu Umar turun dari  kuda itu dan mengatakan: “kalian tidak menaikkan saya kecuali di atas seekor syaitan. Saya tidak turun dari kuda ini sampai saya mengingkari diri saya sendiri.”(Sanadnya sohih)
 
Ar-rojim
War-rojim faelun bimakna maf’ul, spt qotil bermakna maqtul. Dia itu marjum atau mal’un (terlaknat/terkutuk). Imam Ibnu Katsir mengatakan di sini: terusir dari segala kebaikan. Bererti terusir dari rahmat, krn rahmat adalah suatu nama yg mencakup segala kebaikan. Dan yg lain mengatakan marjum maksudnya adalah dilempari krn setan itu dilempari dgn meteor2 dsb. Sebagaimana firman Allah taala: “dan sungguh Kami telah menghiasi langit dunia itu dengan bintang2 dan Kami jadikan bintang2 itu sebagai alat pelempar utk para syaiton (ketika mereka naik ke langit utk mencuri2 berita langit dsb). Dan ayat ini di dlm surat al-Mulk yg kita sgt2 dianjurkan utk membacanya setiap hari agar menjadi syafaat kita di alam kubur dan juga syafaat kita di akhirat
Diberdayakan oleh Blogger.