Kajian Tafsir Quran (Prinsip² Penafsiran)
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
*Muqoddimah Ibnu Katsir*
(Yang berisi prinsip2 penafsiran yang benar)
Akhir perbahasan pendapat para tabiin:
Syuqbah Ibnu Hajjaj abu Bistom dll mengatakan:
Pendapat para tabiin dlm perkara cabang - fikih, adab - itu bukan hujjah.
Lalu bgmn ia menjadi hujjah dlm tafsir?
Bahwasanya, ucapan para tabiin itu bukan hujjah @ argumentasi yg mewajibkan utk diikuti oleh org lain. Ini benar!
Adapun, apabila para tabiin telah bersepakat dlm suatu perkara, maka tdk diragukan ini adalah hujjah. Terutama apabila pendapat ini didukung oleh dalil2 yg jelas, maka ini adalah hujjah.
Lalu jika tabiin berselisih pendapat, maka pendapat sebahgian dari mrk bukan hujjah terhadap sebahgian yg lain. Kita tidak boleh taqlid kpd salah 1 drpd mrk, ttp kita lihat pendapat yg terkuat dgn dalil yg paling jelas. Ini yg wajib diikuti.
Bukan berasas kpd peribadi: bkn siapa yg paling mulia, paling berilmu, ttp melihat kpd hujjah yg paling kuat di antara mereka.
Dalam perselisihan para tabiin, maka kita kembali kepada al-Qur’an. Pendapat yg terdekat dgn bahasa al-Qur’an maka pendapat dia diterima. Setelah dari itu, diikuti dgn:
1. as-Sunnah, atau
2. Keumuman bahasa Arob, atau
3. Merujuk kpd pendapat para Sahabat.
Tafsir dgn rasional (akal) semata:
Penafsiran al-Qur’an dgn rasional (akal) semata, ini harom!
Hadith riwayat Muhammad bin Jarir ra; sabda nabi:
“Barangsiapa berbicara tentang al-Qur’an dgn akalnya semata, atau dgn perkara yg dia tidak tahu, maka hendaknya dia mempersiapkan tempat duduknya di dlm neraka” (sanadnya dhoif).
Dari Suhail bin Abi Hazm:
“Barangsiapa berbicara ttg al-Qur’an dgn akalnya semata, lalu dia tepat, maka dia telah keliru”. (Didhoifkan oleh Syeikh al-Albani)
Kenapa dia dikatakan keliru?
Kerana dia telah membebani dirinya dgn sesuatu perkara yg tidak dia ketahui dan dia menempuh sesuatu yg dia tidak diperintahkan utk menempuh jalan tadi. Kalaupun dia telah tepat secara maknawi, secara hakikatnya dia keliru, kerana dia tidak mendatangi perkara itu dari pintu yg sebenar.
Seperti itu pula, Allah menamakan ‘kazafa’ (org yg menuduh org lain berzina) sebagai pendusta. Jika mrk tidak mendatangkan saksi maka mrk di sisi Allah dikatakan pendusta wp boleh jadi tuduhan mrk itu betul.
Kenapa? Kerana ini akan membuka pintu fitnah yg besar!
Dengarkan rakaman untuk mendapatkan keseluruhan perbincangan..