Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Prinsip² Penafsiran) #Lanjutan

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz




*Muqoddimah Tafsir Ibnu Katsir:*
(Muqoddimah ini sangat bagus dan penting dalam memahami tafsir al-Qur’an)

Sambungan...

Abu Ubaid berkata, bahawasanya Abu Bakr as-Siddiq ditanya ttg firman Allah taala “dan demi buah-buahan dan biji-bijian” lalu beliau berkata: langit apa yg akan menaungi saya dan bumi apa yg akan menampung saya jika saya mengatakan sesuatu di dlm kitabullah yg saya tidak mengetahuinya. (Sanadnya munqotiq)

Berikutnya, sohih dari Umar, dari Abu Ubaid: apabila ditanya ttg ‘abb’ iaitu sejenis buah, lalu Umar mengatakan kpd dirinya sendiri: sesungguhnya ini benar2 membebani diri wahai Umar”

Dari Abu Humaid, kami pernah ada di sisi Umar al-Khottob dan di gamis beliau ada 4 robekan lalu beliau membaca: “sesungguhnya ini benar2 membebani diri (kalau berbicara tanpa ilmu). Engkau tidak berdosa kalau tidak mengetahui (tapi kita diwajibkan utk belajar).

Ini semua dibawa kpd penjelasan bahwasanya Abu Bakr dan Umar rodhiallahuanhum hanyalah ingin menyingkap pengetahuan ttg bagaimana ‘abb’ itu. Kerana jika tidak demikian, abb yg mana dia itu adalah sesuatu tanaman yg ada di bumi, ini jelas berdasarkan firman Allah taala: “lalu Kami tumbuhkan di bumi itu habba (sejenis tanaman), anggur dan kottba (tanaman kecil utk diberi makan kpd ternakan)

Abu Jarir, dari Yaakub bin Ibrahim (tsiqoh) berkata: bahwasanya Ibnu Abbas ditanya ttg suatu ayat yg seandainya sebahgian dari kamu ditanya nescaya langsung dia berbicara ttgnya, maka Ibnu Abbas enggan utk berkata ttg itu. (Sohih)

Berkata Abu Ubaid haddasana Ismail ibnu Ibrohim: dlm 1 hari yg ukurannya seribu tahun, Ibnu Abbas ketika ditanya ttg seribu tahun itu dia balik bertanya apa iaitu yg suatu hari yg kadarnya adalah 50000 tahun, org itu menyatakan saya ini hanya bertanya kpd anda agar anda bercerita kpd saya. 

Kata Ibnu Abbas, itu adalah 2 hari yg disebutkan oleh Allah di dlm kitabNya dan Allah yg lebih tahu ttg 2 perkara tadi. Beliau tidak suka utk berbicara ttg kitabullah apa yg tidak beliau ketahui.

Dari Aidhon Ibnu Jarir dari Jundub rodhiallahu anhu: Abu Ali bertanya kpd Jundub ttg 1 ayat dari al-Qur’an dan dia mengatakan “saya mengharuskan bagimu kalau engkau adalah seorang muslim agar engkau meninggalkan saya”

Dari Malik, Said Ibni Musayyab bahwasanya beliau jika ditanya ttg tafsir 1 ayat dari al-Qur’an, beliau berkata: “sesungguhnya kami tidak berbicara ttg al-Qur’an sedikitpun (padahal kalau di dlm tafsir Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim banyak disebutkan nukilan2 dari Said Ibnu Musayyab)

Berkata Laif dari Said Ibnu Musayyab, bahwasanya beliau tidak berbicara kecuali ttg perkara yg telah diketahui dari al-Qur’an. Beliau berkata: “jangan engkau bertanya kpd saya ttg al-Qur’an. Bertanyalah kpd org yg mengatakan dirinya tidak tersamarkan baginya sedikitpun dari al-Qur’an iaitu Iqrimah. (Ini terkait dgn fitnah bahawa Iqrimah al-Barbari maula Ibnu Abbas itu berdusta atas nama Ibnu Abbas ttp telah dibela oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dan lain2. Iqrimah tidak seperti yg dituduhkan. 

Berkata Ibnu Shauzab: Kami sering bertanya kpd Said Ibnu Musayyab ttg perkara yg halal dan yg harom dan beliau adalah org yg paling berilmu. Jika kami bertanya kpd beliau ttg tafsir ayat dari al-Qur’an, beliau diam, seakan2 beliau tidak mendengar.

Dengarkan rakaman untuk mendapatkan keseluruhan perbincangan...
Diberdayakan oleh Blogger.