Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D010 27/8/2018
(Pg 37 catatan kaki)
Ringkasan:
Sambung dari catatan kaki ibnu Qayyim:
Yang namanya jalan salaf itulah:
pertama; menetapkan apa yang ditunjukan oleh nas2 iaitu berupa sifat2.
Kedua; pemahaman terhadap nas2 tadi (jadi bukan hanya menetapkan lafaz2nya tetapi juga memahaminya) dan juga mempelajari dan merenungkan (tadabur) dan memikirnya (salaf bukan sekadar orang yang mempelajari sanad tapi juga isinya, matannya.
Ketiga; meniadakan methoda para penentang sifat yang mengosong sifat dari zat Nya Allah taala (atau mengosongkan zat Allah dari sifat2Nya)
Keempat; methoda salaf menerangkan penyelisihan methoda kholaf tadi antara para nufah dan muathillah bahawasanya methoda para muathillah tadi itu bertentangan dan berselisih dengan aqal yang sangat jelas.
Kembali kepada matan oleh ibnu taimiyah pg38:
Tajuk: sesatnya muktadiah dengan sebab lebih mengutamakan tariqah kholaf (jalan orang belakangan daripada tariqah salaf iaitu jalan para pendahulu.
sebenarnya para muktadiah tadi, iaitu orang2 ahli kalam dan yang mengikuti mereka yang mereka itu lebih mengutamakan methoda kholaf dari kalangan ahli filsafat
Mereka menyangka bahawasanya methoda salaf itu hanya semata mata beriman dengan lafaz2 al Quran dan hadis. bahawasanya methoda kholaf mengeluarkan makna2 (istikhraj) bersungguh sungguh mengeluarkan mengali makna2 dari nas2 yang bagaimana? Yang telah dipalingkan dari hakikat2nya.
Mereka membuka pintu takwil kepada golongan yang lebih parah lagi seperti golongan batin yang mentakwil ayat syariat. Kalau asyairah boleh mentakwil ayat2 sifat, mereka juga boleh mentakwil ayat2 syariat. Ini membuka kepada kehancuran yang lebih besar. Kesimpulannya ilmu kalam ini mengheret penganutnya sehingga ketahap meniadakan Allah, mereka menolak sifat2 Allah.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah
