Al Fatawa Al Hamawiyah (ilmu kalam)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D015: 02/09/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah.
Ringkasan:
Masih membahas tentang pengakuan abu abdillah ar Rozi tentang ilmu kalam, katanya: Dan saya melihat jalan yang paling dekat (iaitu untuk mengenal Allah, makrifataullah ) methoda al quran. Saya membaca tentang penetapan sifat dan nama2 Nya. Seperti firman Nya: ar rahman istiwa di atas arash. ini kalimat yang sangat pendek dan maknanya cukup banyak. Menunjukkan di mana Allah taala dan apa yang dituntut oleh kita; menunjukkan ke mana amal kita itu dan seterusnya dan seterusnya, selesai. Hanya kepada Allah lah naik kalam2 yang baik.
Dan tentang masalah nafi saya membaca; tiada sesuatupun yang semisal dengan dia. Selesai cukup dengan ini semua.
para makhluk itu tidak mampu meliputi Allah dengan ilmu, (bahkan ilmu Allah meliputi mereka semua; Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Kalau adapun pengetahuan mengenai Allah, itu cuma sebatas yang Allah bagitahu, barang siapa mencuba seperti percubaan ku maka dia akan tahu seperti pengetahuan ku (apa pengetahuan beliau? Iaitu ilmu kalam ternyata tidak berfaedah. Itu hasil pengetahuannya. Bukan semakin kenal Allah bahkan semakin tidak kenal, itu makrifah dia dan dia mengakui dan di tulis di dalam buku cuma para pengikutnya tidak mahu melihat buku yang itu.
Catatan kaki: (28)
Berkata sheikhul islam ibnu taimiyah rahimahullah dalam minhaj sunnah: setelan menukil kalam ar Rozi dan dia jujur tentang apa yang dia kabarkan itu. Bahawasanya dia tidak mengambil faedah dari penelitian2 dia di dalam methoda2 kalam dan jalan2 filsafat selain dia hanya mengumpulkan perkataan fulan dan fulan dan sebegitu saja dan bahawasanya dia tidak mendapatkan di dalamnya sesuatu yang menyembuhkan penyakit atau pun menyegarkan orang yang sedang kehausan. Kerana barangsiapa merenungkan kitab2 ar Rozi semuanya, dia tidak dapat di dalamnya satu masalah pun dari masalah2 prinsip agama yang sesuai dengan kebenaran.
Bahkan dia menyebutkan dalam satu masalah sejumlah pendapat, sementara pendapat yang benar dia tidak tahu .Seperti itu pula yang lain dari ahli kalam dan ahli filsafat.
Yang tidak tahu kebenaran bagaimana dia menunjukan kebenaran kerana kebenaran hanya satu dan tidak mungkin kebenaran itu lepas dari syariat yang di datang oleh rasul dan syariat nabi itulah yang sesuai dengan aqal yang jelas kerana itu adalah fitrah dari Allah yang Allah menciptakan manusia di atasnya.
Di antara ahli kalam sendiri, mereka bergolongan golongan, mereka berselisih pendapat tentang al kitab dan sesungguhnya orang2 yang berselisih tentang kitabullah mereka benar2 di dalam pepecahan. selesai dari minhajus sunnah.
Berkata sheikhul islam rahimahullah taala: yang lain dari kalangan ahli kalam berkata sungguh saya telah menyelami lautan yang sangat dalam dan saya meninggalkan kaum muslimin dan ilmu mereka dan menyelami perkara yang mereka telah melarang saya dari itu. sekarang saya memilih untuk mati di atas aqidah ibu saya. Ternyata hujung2nya kalau ingin selamat ternyata aqidah ibuku yang betul.
Catatan kaki: (29)
itu adalah kalam abu maali al juwaini. Berkata al Qurtubi rahimahullah : banyak ulama ahli kalam yang telah rujuk dari ilmu kalam setelah habisnya umur yang panjang.
Al juwaini sering berkata kepada teman2nya: wahai teman2 kami jangan kalian itu sibuk dengan ilmu kalam seandainya saya tahu bahawasanya ilmu kalam menjadikan saya mencapai perkara yang saya capai sekarang ini nescaya saya tidak sibuk dengan itu. Saya telah bersungguh2 di dalam masalah usul (iaitu seringnya dalam bab ilmu kalam) sepanjang umur saya kemudian saya kembali belajar kepada mazhab maktab (iaitu sekolah2 anak kecil). Bagi orang tahu, itulah yang betul, tidak letih2. Selesai dari kalam al Qurtubi.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























