-->

Header Ads

Al Fatawa Al Hamawiyah (ahli kalam)

Al Fatawa Al Hamawiyah



Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.

D014 :01/09/2018


Bismillah. Dengan memohon pertolongan Allah.


Ringkasan:

Matan page 41:

Mereka (orang yang menjadi ahli kalam peringkat tinggi) mengakui tentang diri mereka dengan apa yang mereka ucapkan (ucapkan yang di atas dan yang berikutnya) mereka meniru ucapan syair (mengambarkan tentang diri mereka) atau mereka yang membuat itu tentang apa yang mereka tulis di dalam kitab2 mereka seperti pendapat dari sebahagian pemimpin mereka (pemimpin ahli kalam)

Catatan kaki no 26:

Berkata ar Rozi semasa pencariannya dalam ilmu kalam; puncak dari kemajuan aqal adalah berpusing pusing dan kebanyakan usaha alam semesta ini adalah kesesatan kerana tidak mahu memilih jalan yang di tetapkan oleh Allah dan rasul. 

Ahli kalam mengatakan: bahawa al quran memang pasti dari Allah tetapi penunjukkan nya itu masih dzoniyah (kita masih meraba raba, sekadar sangkaan saja) hakikatnya hanya Allah yang tahu. Jadi mereka sendiri tidak yakin dengan dalalatul quran sekadar dzoniyah. Itu al quran, bagaiman dengan as sunnah, maka lebih berat lagi. Kata mereka,tiidak jelas apa yang dikatakan rasul sementara kalam2 sebelumnya menunjukkan bahawa rasul tidak tahu apa yang diucapkan; ini lebih parah lagi menghina nabi. Maka kalau seperti itu maka bagaimana jiwa mereka tidak goncang, kerana itu mereka mencari2 yang lain.

Catatan kaki: no 27

Berkata imam Muhammad ibnu wazir rahimahullah (ketika beliau menceritakan kenapa beliau betul2 menyelami ilmu kalam) lalu beliau menyebutkan sebab beliau meninggalkan itu. Sebab saya mengutamakan itu dan kenapa saya menempuh jalan2 itu dan bahawasanya yang pertama kali mengetuk telinga saya (iaitu ketika sudah mulai besar, sudah mulai faham ilmu) dan betul2 merasuk ke dalam tabiat saya iaitu wajib meneliti dan perkataan yang mengata barang siapa mengekor dalam aqidah bahawasanya dia kafir (ini telah di bantah oleh qurtubi kerana ini mengharuskan kita mengkafir jumhur kaum muslimin kerana kebanyakan kaum muslimin aqidahnya kebanyakan taqlid). Sehingga akhirnya beliau mengetahui hakikat kerosakan ilmu kalam sehingga beliau bertaubat yang menjadi ulama besar ahli sunnah.


Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah

Diberdayakan oleh Blogger.