Al Fatawa Al Hamawiyah (Ketinggian اللّٰهُ ﷻ)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D019: 06/09/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan Allah.
Ringkasan:
Berkata imam ibnu taimiyah tentang tentang firman Allah yang membahas ketinggian Allah.
Allah berfirman (as sajadah:5): Allah yang mengelola, mengendalikan, mentadbir segala urusan dari langit menuju ke bumi lalu urusan itu naik lagi ke Allah taala. Urusan tadi naik lagi menuju kepada Allah. Menunjukan Allah bukan di bumi tapi Dia di langit sana. Ada pun yang mengatakan Allah di mana2 dia tidak punya dalil.
Ayat yang berikutnya lagi (an nahl: 50): iaitu para malaikat takut kepada Rabb mereka yang ada di atas mereka.
Ayat seterusnya: (al araf:54): kemudian Dia istiwa di atas Arash
Seterusnya dalam (surah yunus:3): Allah istiwa atas Arash
Kemudian dalam surah (as sajadah:4) : Allah istiwa di atas Arash.
Kemudian dalam surah (al hadid:4): Allah istiwa di atas Arash.
Kemudian dalam surah (thoha:5): Dia adalah Ar rahman yang istiwa di atas Arash.
Kemudian dalil yang lain: (ghofar:36-37): wahai haman buatkan untuk ku suatu menara agar aku mencapai pintu2 langit agar aku melihat kepada sesembahan si Musa dan aku benar2 menyangka Musa itu dusta.
Firman seterusnya (fusilat:42): dan al quran itu di turunkan dari zat yang penuh hikmah dan lagi Maha terpuji (menunjukan Allah taala di atas kerana al quran di turunkan)
Diturunkan dari Allah bererti Allah di atas kerana al quran itu dari Allah bukan buatan manusia.
Catatan kaki: (35)
Maka ini jelas sekali (dalil2 ini) bahawasanya yang namanya turun itu dari atas (bereti Allah taala di atas). Maka untuk orang yang mengatakan Allah di mana2 tidak di atas maka dia akan sangat letih kerana harus menakwilkan ribuan dalil tentang masalah ini. Kalau dikatakan semuanya majaz bererti ribuan ayat itu tidak layak untuk dibenarkan. Tidak memberi keyakinan kerana sekadar zoniyah atau boleh di dustakan; namanya majaz, boleh di dustakan dan dalil2 semisal itu yang tidak mungkin di hitung secara total kecuali dengan keletihan.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























