Al Fatawa Al Hamawiyah ((Mengikuti pendapat salaf)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Sesi 2:
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D025: 13/09/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah yang di langit, di atas Arsy Nya.
Ringkasan: matan pg 59:
Berkata imam ibnu taimiyah rahimahullah taala: bahkah telah pasti di dalam kitab shohih dari jabir ibni Abdillah radhiallahuanhuma bahawasanya nabi salallah alaihi wasallam manakala beliau berkhutbah dengan khutbah beliau yang agung pada hari Arafah di perkumpulan yang paling besar yang pernah di hadiri oleh nabi salallah alaihi wasallam beliau bersabda: ketahuilah apakah aku telah menyampaikan? Maka mereka mengatakan: ia. Rasulullah salallah alaihi wasallam mengangkat jari beliau ke langit dan rasulullah mengisyaratkan ke mereka beliau mengatakan: Ya Allah maka saksikan lah. Dan ini Rasulullah melakukan bukan hanya sekali. dan contoh yang seperti itu banyak. kalau yang benar adalah apa yang di ucapkan oleh orang2 yang mengingkari sifat2 tadi yang meniadakan sifat2 yang telah pasti di dalam kitabullah dan sunnah Rasul Nya dari ungkapan2 yang telah kita lewati ini dan yang semacam itu bukan dari apa yang di fahami dari al quran dan sunnah baik itu secara nas atau dia adalah secara zohir maka bagaimana mungkin bagi Allah. demikian pula bagaimana boleh untuk rasul Nya salallah alaihi wasallam kemudian bagaimana boleh untuk hal itu bagi seluruh umat mereka terus menerus berbicara dengan sesuatu yang nas selalu menyelisihi kebenaran kemudian kebenaran yang wajib di yakini jesteru tidak pernah mereka ucapkan sama sekali dan tidak pernah mereka menunjukkan itu baik secara nas ataupun secara zohir dari suatu ucapan sampai datanglah para petani (pengali sumur) dari kalangan orang2 Persia dan Romawi dan sehingga datanglah keturunan2 Yahudi dan Nasara dan para ahli filsafat, mereka datang seakan akan mereka itulah pahlawannya yang mana wajib bagi setiap orang yang terbebani syariat atau setiap orang yang utama untuk menyakininya.
Catatan kaki: (54)
Ini mustahil dan tidak mungkin untuk Allah dan rasul Nya kemudian juga untuk pendahulu umat ini untuk mereka berbicara menyelisihi kebenaran atau mereka senantiasa menyembunyikan kebenaran dan kita katakan kepada asyairah dan yang semacam mereka, siapa yang mendahului Abu Hasan asyaarie? Sebelum beliau rujuk kepada sunnah dengan pendapat terbatasnya sifat2 Allah; apakah ini tansis dari Allah? atau apakah ajaran anda ini telah di tetapkan oleh Rasul atau apakah datang dari sahabat rodhiallahuanhum atau apakah dari tabien atau at tabien kemudian jika pembatasan ini benar, kalau yang betul adalah ajaran abu hasan maka apakah orang2 sebelum kedatangan abu hasan asyarie bererti mereka semuanya keliru? maka tidak ada seorang pun dari 3 generasi pertama itu yang menampilkan terbatasnya sifat kepada 7, ini menunjukan kesepakan mereka yang menyelisihi ajaran abu hasan itu. maka barangsiapa yang mendatangkan sesuatu yang menyelisihi apa yang telah di sepakati oleh para salaf bererti dia telah keliru dan sesat. Maka ini jelas menunjukan kelirunya, manakala mereka telah ijma semua tadi menunjukkan sifat bererti mereka sepakat sifat Allah adalah lebih dari seribu bahkan ribuan. Bererti ijma tadi menunjukkan salahnya orang yang mengataan sifat itu hanya tujuh. ijma mereka adalah hujjah maka jika mereka berselisih pendapat pada satu masalah kepada dua pendapat tidak akan keluar kebenaran darinya maka kewajipan kita adalah memilih salah satu dari dua pendapat tadi, dengan dalil2 yang nampak bagi kita. kita tidak mendatangkan yang ke tiga.
Al khotib al baqdadi rahimahullah sebelum ini berbicara : ini di dalam sudut pandang apabila para sahabat berselisih pendapat dalam satu masalah kepada dua pendapat dan zaman mereka habis di atas ini tidak boleh bagi tabien untuk membuat perkataan yang ke tiga kerana perselisihan mereka di dalam dua pendapat sebagaimana bahawa ijma mereka terhadap suatu pendapat bererti itu adalah ijma tentang dibatalkannya setiap pendapat yang menyelisihi pendapat tadi maka sebagaimana tidak boleh di buatnya pendapat yang kedua di dalam perkara yang telah di sepakati para sahabat terhadap satu pendapat. Maka tidak boleh membuat pendapat yang ke tiga di dalam perkara yang telah di sepakati oleh para sahabat terhadap dua pendapat.
beliau juga Berkata tentang para imam yang terkenal di kalangan at tabiul tabien mereka memiliki orang2 yang semisal mereka iaitu setiap orang di zaman tersebut pemilik penelitian2 dan ijtihad maka kalau at tabiul tabien mereka ijma maka itulah hujah dan ijtihad2 akan gugur. demikian pula kalau at tabiul tabien berselih menjadi dua pendapat tidak boleh orang yang datang setelah mereka untuk membuat pendapat ke tiga.
Bahkan abu hasan sendiri mengatakan dalam kitab setelah beliau bertaubat. Kata abu hasan rahimahllah: dan mereka telah bersepakat tentang tidak boleh seorang pun untuk keluar dari pendapat2 salaf di dalam perkara yang mereka sepakati dan juga keluar dari apa yang diperselisihi oleh salaf atau keluar dari takwil salaf kerana kebenaran itu tidak mungkin akan keluar dari area pendapat para salaf.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah