-->

Header Ads

Al Fatawa Al Hamawiyah (muktazilah)

Al Fatawa Al Hamawiyah



Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.

D021: 09/09/2018


Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah.


Ringkasan:

Sambungan dari catatan kaki (41): (masih dari kalam ibnu Qatadah rahimahullah):

(Masih membantah muktazilah yang mensyaratkan aqidah hanya di ambil dari dalil yang mutawatir)

Dan ketahuilah semoga Allah merahmati mu. Bukan termasuk syarat keshohihan mutawatir yang dengan itu dihasilkan keyakinan untuk di dapatkan jumlah yang mutawatir di dalam satu berita tetapi berita2 yang banyak yang satu makna itu dinukilkan (yang penting maknanya sama) dari jalur2 yang sebahagiannya membenarkan sebahagian yang lain dan tidak datang dalil yang lain yang mendustakannya dan membuatnya cacat sehingga hal itu menetap di dalam hati dan hati itu menyakini maka telah di hasilkan mutawatir dan menjadi kepastianlah  dan keyakinan kerana kita menyakini hatim at toie itu orang dermawaan walaupun tidak datang setiap beritanya itu yang di bawa oleh satu rowi yang sanadnya di redhoi ini kerana keberadaan apa yang kami ceritakan demikian pula berita tentang keadilan umar dan juga keberanian Ali bin Abi Talib dan keilmuan beliau dan ilmu Aisyah dan berita bahawa Aisyah isteri Rasulullah bahawasanya beliau adalah puteri dari Abu Bakar as siddik dan berita2 yang semacam ini , tidak di ragu sedikit pun dari berita2 yang semacam tadi. Dan hampir2 tidak di dapatkan berita yang mutawatir kecuali  bentuk yang seperti ini (iaitu mutawatir yang bersifat maknawi) maka di hasilnya pola mutawatir dan dan keyakinan di dalam masalah kita ini (masalah ketinggian Allah taala) disertai dengan sahnya sanad2 walaupun tidak sampai harus rowinya itu mutawatir dan penukilan dari rowi2 yang lurus  agamanya dan di redhoi  dan banyaknya berita2 dan banyaknya periwayatan2 nya di dalam sanad2 yang tidak terhitung bilangannya  dan tidak mungkin untuk di batasi dari karya tulis  dari penulisan2 pencatatan para imam dan para penghafal dan disambutnya berita2 tadi oleh umat ini dengan penerimaan dan umat sendiri meriwayatkan itu di dalam kitab2 yang tidak terhitung bilangannya dan mereka meriwayatkan itu tanpa ada penentang yang mampu menetangnya (dari sisi periwayatan) dan orang yang mengingkari yang memang layak untuk di dengar pengingkaran mereka dan tidak diingkari oleh seorang pengingkar yang layak di dengar riwayat dia yang lebih utama. Lebih2 lagi dalam keadaan riwayat2 tadiitu datang sesuai dengan apa yang datang di dalam al quran nil aziz yang mana al quranul aziz itu tidak di datangi oleh kebatilan  dari arah depannya atau arah belakannya. Dia diturunkan oleh zat yang penuh hikmat lagi maha terpuji Kembali kepada matan:

(Rasulullah bersabda): siapa kah aku? Maka hamba sahaya ini mengatakan anda adalah utusan Allah. Kata baginda: Merdekakan dia kerana dia mukminah 

Catatan kaki:

Hadis Ini di riwayatkan oleh Muslim dari muawiyah ibnu hakam as salami. Dan para imam sunnah telah menetapkan bahawasanya hadis ini menunjukan bahawsanya pengakuan tentang ketinggian Allah di atas langit itu adalah bahagian dari keimanan hadis ini di riwayatkan oleh imam ibnu khuzaimah dalam kitab tauhid di bawah bab penyebutan dalil yang menyatakan bahawasanya pengakuan tentang ketinggian Allah azzawajalal di atas langit adalah bahagian dari iman

Berkata imam Darimi rahimahullah, maka sabda Rasulllah salallah alaihi wasallam : kerana wanita ini adalah mukminah, ini dalil yang menunjukan bahawa wanita tadi  kalau dia tidak menyakini tidak mengimani bahawasanya Allah bukan di langit bererti dia bukan mukminah. ini juga dalil yang menunjukan bahawasanya tidak boleh di dalam pembebasan hamba sahaya itu kecuali orang yang dia itu mensifati Allah bahawasanya Allah itu di atas langit sebagaimana di firman Allah dan sabda Rasul Nya. 

Berkata sheikh al aziz al rajhi hafizahullah: ini menunjukan tentang bolehnya bertanya tentang Allah , di mana Allah? dan pertanyaan di mana itu hanyalah di guna untuk menanyakan tempat manakala wanita ini berkata; Allah di langit, Rasulullah mengakui wanita ini atas ucapan itu dan berdasarkan ini para ahli bida mengirimkan seluruh tentera mereka untuk menyerang kalimat 'aina' dengan segala cara yang mampu kemudian mengatakan, muktadiah mengatakan ini adalah kesalahan bagi wanita tadi. Rasulullah salallah alaihi wasallam membenarkan wanita ini di atas kesalahan untuk merai aqal dia dan rasulullah mengajak bicara wanita ini sesuai dengan kadar aqalnya, kata mereka. kerana tidak akan faham wanita ini dengan sabda Rasulullah. mereka mengatakan kerana menanyakan tentang Allah dengan bertanya di mana Allah bererti Allah itu di suatu tempat sementara kalau Allah itu di suatu tempat bererti Allah terbatasi dan Allah condong ke suatu tempat. ahli bida mengatakan ini kekufuran dan orang yang mengatakan sesungguhnya Allah di langit, mereka mengkafirkan orang ini kalau jari mu menunjuk ke langit maka seorang jahmi akan memotongnya alasannya kenapa jarinya harus di potong? Kerana ini sebenarnya menghina Allah. 

mereka menganggap salah hamba sahaya tadi dan mereka mengatakan sesungguhnya Rasulullah salallah alaihi wasallam mengakui dan membenarkan wanita ini atas jawapan yang rosak bahkan bukan Rasulullah hanya mengakui, Rasulullah sudah salah dalam bertanya alasan mereka dan manakala wanita ini berkata; Allah di langit, Rasulullah mengakui wanita ini atas ucapan itu  Dalam rangka meraikan aqal dia sementara Rasulullah salallah alaihi wasalam adalah orang yang paling faseh  apakah masuk aqal untuk Rasulullah itu tidak mampu untuk bertanya Siapakah Allah? apakah Rasulullah salallah alaihi wasallam itu tidak mampu membezakan antara man yang tersusun dari dua khuruf  dengan aina yang tersusun dari tiga huruf akan tetapi manakala para ahli kalam ingin lari mereka mengatakan tidak boleh kita menanyakan tentang Allah dengan pertanyaan 'di mana?' ini adalah hadis yang telah pasti (hadis muawiyah ibnu hakam as sulami) dalam shohih muslim tetapi memang dominasi hawa nafsu dan mengikuti ahlu bida dan zolal dan di khuwatirkan inilah yang di namakan kekufuran akan tetapi boleh dikatakan mereka takwil, sebahagian ulama telah mengkafirkan Jahmiyah sebagaimana itu di sebutkan oleh ibnu Qayyim dan muktazilah sejumlah ulama telah mengkafirkan mereka. Sebahagian ulama mengatakan muktazilah itu muktadiah yang mentakwil . Selesai al hamawiyah.


Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah

Diberdayakan oleh Blogger.