Al Fatawa Al Hamawiyah (Rahmat Allah mendahului Kermurkaan-Nya)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D022: 10/09/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah.
Ringkasan:
Sambungan dari matan pg54:
Berkata imam ibnu taimiyah rahimahullah taala: dan sabda Rasulullah sallah alaihi wasallam dalam hadis yang shohih : sesungguhnya Allah manakala Dia menciptakan para makhluk Dia menulis di dalam sebuah kitab yang di letakkan di sisi Nya di atas Arash : sesungguhnya rahmat Ku itu mendahului kemurkaan Ku
Catatan kaki:
Hadis ini dari bukhori dan muslim yang di riwayatkan dari Abu hurairah. Dan telah di ketahui bahawasanya Syurga itu ada di langit berdasarkan firman Allah taala (an najm:14-16): iaitu di sisi sidratul muntaha dan di sisinya itu ada Syurga tempat tinggal ketika sidratul muntaha tersebut diliputi apa yang meliputi dirinya.
Sementara arash Nya Allah itu berada di atas Syurga firdaus yang tertinggi. Dari abu hurairah radhiallahunhu, berkata Rasulullah salallah alaihi wasallam: sesungguhnya di dalam syurga itu ada seratus darajat. Allah menyiapkan itu untuk orang2 yang berjihad di jalan Allah. Jarak di antara dua darajat itu seperti jarak di antara langit dan bumi. Maka jika kalian mohon kepada Allah maka mohonlah firdaus kepada Nya. Kerana dia adalah syurga yang paling bagus dan syurga yang tertinggi, saya menyangka ada tambahan lafaz kata sebahagian rowinya, di atas syurga itu ada arash Nya ar Rahman dan dari syurga firdaus itulah terpancar sungai2 syurga. hadis riwayat bukhori.
Dan Allah taala istiwa Nya di atas Arash maka di ketahuilah bahawa Allah taala di atas seluruh langit sana.
Dari abdillah ibni Qais radhiallahunhu dari nabi sallah alaihi wasallam bersabda: ada dua Syurga yang terbuat dari perak dan ada dua syurga yang lain semuanya terbuat dari emas, tidak ada yang menghalangi antara para penghuni Syurga dengan Rabb nya kecuali selendang kebesaran yang ada di wajah Allah di Syurga Aden.
Kembali kepada matan dari sheikhul islam:
Sabda Rasulullah salallah alaihi wasallam di dalam hadis di cabutnya nyawa: sampai ruh itu di bawa naik ke langit yang di situ ada Allah (ini menunjukan Allah taala di atas sana sampai ruh harus di bawa untuk lapor dan mengadap Allah di atas sana, di atas langit) sanadnya sesuai dengan sanad shohihain.
Catatan kaki: (44)
ini adalah hadis abu hurairah radhiallahuanhu, dari nabi sallah alaihi wasallam bahawasanya beliau bersabda: sesungguhnya orang mati itu di hadiri oleh para malaikat, kalau jenazah tadi adalah orang yang soleh, malaikat mengatakan: keluarlah wahai jiwa yang baik, dia ada di badan yang baik, keluarlah engkau dalam keadaan terpuji dan bergembiralah engkau dengan ketenteraman dengan bau yang wang dan dengan Rabb yang tidak murka. Terus menerus di ucapkan itu oleh para malaikat sampai ruh itu keluar lalu dia di bawa naik menuju ke langit lalu di mintakan untuk di bukakan lalu dikatakan, siapa ini? Di jawab, fulan. Maka para penjaganya mengatakan, selamat datang bagi jiwa yang bagus yang dulu ada di badan yang bagus masuklah engkau dalam keadaan terpuji dan bergembiralah engkau dengan ketenteram bau yang wangi dan Rabb yang tidak marah, terus meneruh di katakan kepadanya seperti itu, terus naik ke langit yang di situ ada Allah. Di riwayatkan oleh imam Ahmad di shohihkan oleh imam al wadiie dalam al jami ul shohih
Kembali kepada matan: berkata abdillah ibni rowahah radhiallahuanhu, termasuk yang menunjukan masalah ketinggian Allah adalah syair abu abdullah bin rowahah yang di kemundangkan ke hadapan nabi salallah alaihi wasallam dan Rasulullah menyetujui.
"Saya bersaksi bahawa janji Allah adalah benar dan neraka adalah tempat tinggal bagi orang2 kafir dan bahawasanya Arash itu berada di atas perairan mengapung dan di atas Arash ada rabbul alamin"
Catatan kaki:
Berkata sheikh abdul aziz arajhi rahimahullah: maka beliau menetapkan dalam astar ini (dalam kisah abdullah bin rowahan ini kalau sanadnya shohih) beliau menetapkan bahawa Allah itu di atas Arash dan ini disetujui oleh nabi salallah alaihi wasallam. Kemudian bait2 syair ini di datangkan disebutkan oleh ibnu abdir bar dalam istiap tentang nama2 para sahabat. Beliau mengatakan kisah beliau bersama isteri beliau ketika beliau mengauli hamba sahaya yang perempuan dan kisah itu terkenal (cuma kalau yang terkait dengan kisah itu ada kedhoifan sebagaimana kata masheikh kita. Sanadnya dhoif). kami meriwayatkan dalam sanad2 yang shohih Adapun kisah beliau dengan isteri yang cemburu itu di sebutkan oleh ibnu Qudamah di ghuluw, kisah ini diriwayatkan oleh darulqutni di sunan beliau di sertai dengan perbezaan bait2 syair (intinya adalah asal bait syairnya boleh di shohihkan tetapi kisah yang berkaitan isterinya itu yang dhoif)
Kembali kepada matan: berkata umaiyah ibni tholat asaqofi: (catatan kaki 46) ( umaiyah ini yang mana dia tidak mahu masuk islam dia mengumandingkan syair kepada nabi salallah alaihi wasallam. Rasulullah salallah alaihi wasalam menilai bagus syairnya tadi. Rasululah bersabda: syairnya itu telah beriman sementara hatinya itu kafir (yang betul untuk lafaz ini tidak shohih).
Yang mana umaiyah mengatakan: "Agongkan Allah kerana Dia itu berhak untuk di agongkan yang mana Allah, Dia itu Robb kita yang di langit. Yang dia itu kabiran (menjadi besar) dengan bangunan yang tinggi yang mendahului orang2 semuanya (Arash itu sebelum manusia ada) dan Allah taala telah menciptakan dengan sempurna di atas langit itu ada saghir (Arash itu secara bahasa adalah saghir) tidak mungkin di capai oleh mata kepala.
Catatan kaki (46):
Berkata munawi rahimahullah; umaiyah pandai mendatangkan bukti, iaitu sangat mendalam ketika membahas makna2, sangat memperhatikan hakikat2 perkara, dia rajin ibadah masa jahiliyah , dia suka memakai kain yang sudah tua, dia berharap dia mendapatkan kenabian, dia beriman adanya hari berbangkit. Dia yang pertama kali menulis ' bismika Allahum ma'.
Catatan kaki (47):
Berkata sheikh al rajhi rahimahullah: Arash itu tinggi , atsar ini datang dalam bihayah wa nihayah dan tahzib. Yang nampak dari lafaz ini umaiyah tidak beriman. Beliau mendiamkan kualiti dari atsar ini . Setelah menuliskan syair2 ini semua dan kalam itu ibnu kathir mengatakan saya tidak tahu ini.
Berkata Ijluni; berkata munawi sanad hadis dhoif. Dari abu hurairah di shohihain, nabi berkata: ucapan yang paling jujur yang pernah di ucapkan penyair adalah adalah ucapan labit: Ketahuilah segala sesuatu selain Allah adalah batil (maksudnya adalah seluruh yang di sembah di masa jahiliyah atau pun yang di sembah yang selain Allah adalah batil) hampir2 umaiyah bin abi tholat itu masuk islam. Riwayat bukhori dan muslim.
Kata sheikh al rajhi; yang jelas bahawa umaiyah itu hampir masuk islam tapi dia tidak mahu masuk islam . Selesai dari al hamawiyah.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























