Al Fatawa Al Hamawiyah
Mula pelajaran kitab ini pada hari Isnin 24 Zulqaedah 1439, 6 Ogos 2018.
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
Voice 267_sd
(Muka surat 5-7)
Pendahuluan: penulisan ini adalah transkrip dari syarah dars Sheikh Abu Fairuz di Changlun untuk kitab fatawa hamawiyah yang dia telah beri catatan kaki.
Ringkasan:
di mulai dengan khutbatul hajah seperti kebiasaan penulisan ulama salaf.
Allah menjadikan manusia untuk tujuan supaya manusia itu meraih menafaat untuk dirinya dan menjauhi yang berbahaya dari kehidupan dunia sehingga di akhirat kelak
Cara meraihnya hanya dengan mengikut al Quran, as sunnah melalui pembelajaran dan bimbingan cara sahabat.
Ilmu tersebut di cari, diamalkan dengan sepenuhnya. Mengambil ilmu tentang syariat melalui *selain* alquran, assunnah mengikut metode *selain* metode sahabat adalah *kesesatan.*
Ilmu yang paling utama wajib untuk dipelajari adalah mengenai Allah, agama Nya, rasul Nya. Ilmu ini diperolehi melalui alquran, assunnah dan bimbingan para sahabat.
Ilmu tentang Allah; mengenal Nya, asma2 Nya, sifat2 Nya dan keseluruhan tentang agama ini, tanpa mencedok hanya mana yang bersesuai sahaja.
Agama ini adalah mengamal semuanya, itulah kewajipan. Belajar untuk mengenal kebenaran, beramal dan setia di atas kebenaran.
Menolak segala macam kebid'ahan; menjauhi sarana kebid'ahan.
Semuanya menunjukkan pentingnya untuk beragama; mengenal Allah, beribadah dengan cara yang betul, maka wajib mencari ilmu dari sumber dan pemahaman yang betul.
Maka dalam rangka meneruskan kesinambungan pengajian salaf, Sheikh Abu Fairuz memberi catatan kaki kepada Fatawa alHamawiyah tulisan Ibnu Taimiyah
Beliau membuat tambahan tajuk yang dirasa perlu untuk lebih pemahaman dan menyebut biografi Ibnu Taimiyah secara ringkas.
Kitab ini disemak oleh Sheikh Abdul Raqeeb Kaukabani hafizahullah.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah
