BREAK
  • Memuat berita terbaru...

Al Fatawa Al Hamawiyah (muqaddimah 2)

Al Fatawa Al Hamawiyah



Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.

20180807 (Mukasurat  27-28)

Fatawa Hamawiyah oleh Sheikhul islam ibnu Taimiyah

Ringkasan:

Matan kitab ini berkisar tentang pertanyaan seseorang kepada Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah tentang ayat2 dan hadis2 sifat yang terdapat di dalam al quran dan as sunnah. 

الرحمن على العرس إستوى

Sesungguhnya hati-hati anak Adam ada di dua jari الرحمن

Jawapan tersebut banyak manafaatnya untuk ummah tetapi ianya membuat penjawabnya dikecam, dipenjara dan sebagainya kerana menyelisihi aqidah rata2 umat ketika itu yang terpengaruh dgn aqidah ilmu kalam.

Contoh ayat2 tersebut seperti *Allah istawa di atas Arsy*, manakala contoh hadis adalah kisah *Allah memenuhi neraka dengan kaki Nya*.

Bagaimana untuk menjelaskan tentang ayat dan hadis sedemikian.

Ini adalah antara inti pertanyaan si penanya tersebut kepada Ibnu Taimiyah.

Semuanya dalil2 tersebut wajib difahami sebagaimana dijelaskan oleh nabi sallallahu alaihi wasallam

Nabi itu diberi wahyu al Quran dan as Sunnah. As sunnah itu adalah sebagai penjelas kepada al quran. Keduanya adalah wahyu Allah.

Terdapat hukum dalam al Quran yang perlu penjelasan dan Rasul menjelaskannya seperti tatacara solat, zakat, haji dan sebagainya. Ini menunjukan bahawa tugas rasul itu menjelaskan al quran. Mana penjelasan yang betul, maka ditetapkan dan diakui oleh Allah, begitulah seterusnya pembinaan syariat.

Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah

Lebih baru Lebih lama