Al Fatawa Al Hamawiyah (Nash)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D011 28/8/2018
(Pg 38)
Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah.
Ringkasan:
Catatan kaki 22:
mereka menetapkan pada diri mereka bahawasanya nas2 tadi (baik al quran atau as sunnah) tidak menunjukkan kepada sifat2 Allah. sekadar Allah punya nama, memiliki perbuatan, tidak menunjukan sifat. Padahal perbuatan itu munculnya dari sifat
Mereka ketika menghadapi nas2 sifat mereka terbahagi menjadi dua:
Pertama, mereka memalingkan nas2 tadi (kerana mereka tidak mampu untuk menolak nas2 tersebut datang dari Allah. mereka mengakui ini pasti dari Allah, tidak mungkin ditiadakan. Jadi pada nas2 yang ada mereka memalingkan kepada makna2 yang mereka buat sendiri seperti mereka mengatakan istawa maknanya istaula.
Kedua; at tahwidh iaitu menyerahkan kepada Allah maknanya ( yang pentingnya zohirnya mereka tidak terima). Mereka mengatakan kita serah kepada Allah dan kita tidak tahu apa maknanya.
Kembali kepada matan ibnu Taimiyah:
perkara yang menyebabkan mereka menyakini bahawa tarekat salaf itu tidak lebih berilmu dari tariqat khalaf adalah keyakinan mereka bahawasanya tidak ada sifat yang ditunjuk oleh nas2 ini kerana syubhat2. Mereka menyakini bahawa al quran itu memang pasti datang dari Allah tetapi penunjukan itu masih bersifat persangkaan (dzoniyah).
Kata mereka, kita tidak tahu, mungkin boleh jadi satu lafaz itu maknanya banyak , dan kita tidak tahu apa yang Allah inginkan. Ini syubhat mereka.
kalau kalamullah yang sangat jelas dalil2 nya dan sangat terang kalimat yang dipilih itu saja dianggap "dzoniyatul dalallah" penunjukan nya itu berupa persangkaan maka kata Sheikhul islam lalu bagaimana jesteru mnganggap ucapan sifu2 ahli kalam, boleh pula di terima dan menjadi dalil yang pasti?
manakala mereka menyakini bahawa sifat2 itu tidak ada, sementara nas2 yang mereka akui itu adalah nas yang benar, lalu untuk apa nas2 ini? Bereti mahu tidak mahu nas ini punya makna. Akibatnya apa? Apa yang kita patut lakukan pada nas ini? Maka terjadi perbezaan pendapat dan keraguan. Apa yang sepatutnya kita lakukan dengan nas2 yang ada ini kalau dia tidak menunjukkan sifat? maka mereka pun menjadi ragu antara beriman kepada lafaznya dan menyerahkan maknanya kepada Allahsesungguhnya peniadaan nama dan sifat Allah itu di dalam masalah ini kerana mereka hanya bertopang dengan perkara yang bersifat aqaliyah (aqal yang jahil) mereka menyangka ini sebagai keterangan2 (padahal ini sekadar meraba raba saja di dalam kegelapan.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























