Al Fatawa Al Hamawiyah (ucapan ahli takwil)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D012: 29/8/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan dari Allah
Ringkasan:
Sambungan matan pg39
Manakala urusan agama itu di bangun di atas dua pengantar yang kufur ini iaitu; pertama, menganggap dalil2 al quran wa sunnah itu tidak diperlukan kerana dalilnya kekufuran. Kedua, menganggap Rasul dan para salaf tidak mengajarkan kebenaran dalam asma wa sifat. Ini kufur sebenarnya.
Catatan kaki:
Berkata sheikhul islam rahimahullah: ucapan para ahli takwil bahawasanya makna2 dari nas2 yang rumit dan samar2 ini tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah dan bahawasanya makna ayat2 yang Allah inginkan adalah makna yang mengharuskan untuk lafaz2 tadi dipalingkan dari zohirnya; kita tanya dari mana anda tahu itu?
maka berdasarkan ucapan mereka bererti para nabi dan para rasul tidak tahu makna2 yang Allah turunkan kepada mereka. Jesteru yang faham adalah umat yang datang setelah 300 tahun kemudian, ini pelik lagi mustahil.
bererti Allah tidak berjaya mendidik nabinya sehingga tidak faham intinya, ini bersangka buruk terhadap Allah.
Intinya adalah kalau kita membuka pintu dari ucapan ahli kalam tadi bahawa yang tahu makna hanya Allah dan nabi hanya tahu lafaznya bererti membuka pintu bahawa agama ini untuk dianggap bodoh oleh kelompok2 yang lain, hanya tahu lafaz dan tidak tahu makna.
Agama ini telah sempurna; seandainya pintu ini dibuka bererti ini adalah cercaan yang besar kepada al Quran yang kita miliki, nabi yang diutuskan kepada kita dan bahkan semua nabi yang lain.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah






























