Header Ads

Nailul Maram (Hikmah Puasa)

 Nailul Maram 


نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة

Untuk download file PDF klik gambar 



Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.


Dars ke 4

Ms 12

Masaalah hikmah puasa.


Ketahuilah hikmah Allah عذ وجل bahawasanya Allah menjadikan ibadah itu beraneka ragam didalam pembebanannya untuk menguji, untuk mencabar orang yang terbebani syariat.

Bagaimana pola ketaatan dia atau perlaksanaan dia  terhadap jenis ibadah ini. 

Apakah dia mahu menjalankan dan menerima apa yang sesuai dengan karakternya. Ataukah dia menjalankan perintah tadi yang sesuai denagbkeredhoan Allah عذ وجل, yaitu ketaatannya dibangun diatas kesesuaian dengan keinginan peribadi atau ketaatannya itu memang demi mencari redho Allah, walaupun dia sendiri kurang suka, kurang selesa dan sebagainya. Ini cabaran.

Maka apabila kita merenungkan ibadah, contohnya adalah solat, zakat, puasa, demikian pula haji, kita dapati sebahagian ibadah itu, polanya adalah ibadah badaniyah secara total, secara murni, betul2 adalah ibadah amalan anggota badan.

Kita dapati sebahagiannya itu adalah murni terkait dengan harta, sebahagiannya gabungan atau tersusun dari ibadah badan dan ibadah harta sehingga menjadi jelaslah mana yamg kedekut dan pelit dan mana yang dermawan. 

Boleh jadi bagi sebahagian orang, solat 1000 rokaat itu mudah, senang bagi dia tapi dia tidak mahu memberikan walaupun hanya 1 dirham. Terkadang ringan saja bagi sebahagian orang untuk memberikan wang sebanyak 1000 dirham, tapi dia tidak mahu solat walaupun 1 rokaat saja. 

Maka syariat itu datang dengan memberikan pembagi bagian dan membuat keaneka ragaman sehingga diketahuilah siapa yang mahu menjalankan perintah tadi, dalam rangka beribadah kpd Allah, dan siapakah yang menjalankan perintah kerana sekadar ikut hawa nafsu saja, sesuai dengan kesukaan peribadi. 

Selesai dari ucapan Imam Ibnu Uthaymeen dgn sedikit perubahan.

Lalu Sheikhuna Rutman al Hubaisyi katakan kita kembali kepada definisi2 tadi.

1.Islam

Orang kafir tidak wajib puasa dan tidak sah puasa baginya, ketika dia kafir. Tidak wajib membayar puasa setelah dia Islam.

Orang kafir, apabila masuk Islam, dosa lampau nya diampuni.

2. Baligh

Akil baligh dgn 3 alamat utk para lelaki.

- Usianya genap 15 tahun

- Bulu kemaluannya telah tumbuh.

- Sudah mengeluarkan mani dengan syahwat.

Wanita

- 3 yg diatas dan munculnya haid.

Anak kecil, wajib bagi orang tua nya melatih dia berpuasa kalau dia sudah mampu agar dia terbiasa.

3. Berakal.

Orang gila masih kena membayar zakat kerana zakat haknya harta tidak terkait dengan akal.

Nyanyuk, tidak wajib berpuasa. Tidak wajib fidyah kerana hilangnya keahlian utk berpuasa.

Pena di angkat terhadap 3 orang.

- Gila sampai dia berakal.

4. Mukim

Musafir tidak wajib puasa.

5. Mampu

Kemampuan fizikal.

Kelemahan ada dua macam.

  • kelemahan yg datang secara tiba-tiba.
  • kelemahan terus menerus yg tidak diharapkan sirna.

Hikmah dari disyariatkannya puasa.

  • Pensucian jiwa.
  • Mempersempit alirannya syaitan.
  • Melatih diri untuk tidak berminat kpd dunia.
  • Dan berminat mencari akhirat.
  • Berbelas kasihan kpd orang2 miskin.
  • Turut sama merasakan sakitnya mereka.
  • Menahan diri dari kefasikan dan kekejian.


Sumber Channel Telegram: Nailum Maram

Diberdayakan oleh Blogger.