Header Ads

Nailul Maram (Syarat Puasa)

 Nailul Maram 


نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة

Untuk download file PDF klik gambar 



Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.


Dars ke 5


Penjelasan dari dars sebelum ini.

Muhazzar - orang yang akalnya sangat lemah, termasuk orang yg tidak wajib berpuasa.

Ms15

Larangan berpuasa pada hari keraguan.

Hari keraguan - hari yang ke 30 dari Sya'ban

apabila melihat bulan sabit (hilal) terhalangi awan, asap.

Masaalah

Apakah hukum berpuasa di hari yang meragukan tadi?

Puasanya itu diHARAMKAN, apabila diniatkan puasanya itu utk berhati-hati puasa ramadhan.

Kecuali seseorang telah biasa berpuasa seperti puasa Isnin Khamis, puasa daud dsbnya dan kebetulan puasanya itu bertepatan dgn hari itu.

Ia terlarang (puasa pada hari itu) kerana ini sikap melampaui batasan batasan Allah تعالى.

Hari keraguan di hujung Sya'ban.

Fasal 

Bilakah wajibnya puasa ramadhan itu?

Apabila melihat hilal 1 ramadhan. Kalau mendung tetapkanlah 30 hari.

Masaalah

Bila wajibnya puasa ramadhan?

  • Dgn ru'yatul hilal (hilal sudah ternampak).
  • Apabila hari ini lengkap 30 hari Sya'ban, besok puasa 1 ramadhan.

Bulan sabit, tidak mungkin lebih dari 30 hari. Hujung akhirnya manzilah 29 atau 30. Dan tidak mungkin kurang dari 29 hari.

Faedah

Cara melihat hilal dgn mata kosong, tidak pakai alat (teleskop dsbnya) atau dengan alat alat tersebut.

Semuanya masuk dalam istilah melihat.

MELIHAT bukan MENGHITUNG

Apabila hilal tidak nampak atau tidak ada seorang Muslim (yg agamanya lurus) dia bersaksi bahawasanya dia telah melihat, wajib utk menyempurnakan bilangan Sya'ban 30 hari.

Tanbih

Tidak wajib berpuasa dengan sebab tuntunan perhitungan (falaqiyah).

Astronomi sudah ada sejak zaman rasul, namun beliau tidak memakai cara itu.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan, 'Kita ini ummatul UMMIYAH. 

Kita umat yang tidak menghitung-hitung, dalam masaalah menghitung peredaran bulan, tapi disuruh lihat bukti secara langsung.

Kita dilarang mengikut metode orang-orang ahli falaq.

Syariat menggantungkan nya dgn perkara yg mahsus, boleh ditangkap dgn indera yaitu ruqyah.

Imam besar Syafiiyah, Ibnu Daqiq al Id رحمه الله تعالى didalam kitab beliau Al Uddah Syahrul Umdah, beliau mengatakan,  'Penggunaan ilmu astronomi (perhitungan, hisab) untuk menetapkan masuknya bulan ramadhan atau keluarnya bulan ramadhan, itu adalah BID'AH.

Sebahagian mutaakkhirin mengatakan wajib beramal dengan astronomi tadi, apabila tidak memungkinkan adanya ruqyah. 

Dengan itu ditafsirkan hadith Ibnu Umar رضي الله عنهما, nabi mengatakan, 

فان غم عليكم فاخدروله

'Apabila mendung menutupi kalian, maka tetapkanlah dia.

Kata sebahagian orang, tetapkan maksudnya, sudah pakai hisab saja. اخدر itu dari taqdir yaitu perhitungan.

Tetapi yang betul, makna اخدروله tetapkan dia, ini telah ditafsirkan dgn sabda nabi صلر الله عليه وسلم dalam hadit yang lain, yg disebutkan, bahawasanya yg dimaksudkan dgn "tetapkan dia' adalah menyempurnakan Sya'ban menjadi 30 hari. Kerana hadith nabi satu sama lain saling menjelaskan.

Hadith nabi satu sama lain  itu saling menerangkan, menjelaskan dan melengkapi sebagaimana ayat satu sama lain juga saling menjelaskan dan melengkapi.

Nabi tidak memerintahkan kita untuk merujuk kepada ahli perbintangan. Manakala hal itu tidak dinukilkan dari nabi, bahkn yang dinukilkan yang menyelisihi ini, nabi tidak pernah memerintahkan merujuk kpd para astronomy.

Yang sedemikian itu menunjukkan bahawasanya secara syariat tidak ada sudut pandang dalam masaalah ini kecuali penglihatan hilal tadi saja, atau menyempurnakan bilangan 30 hari didalam penetapan bulan.

Dan bahawasanya ini adalah syariat yang terus berlangsung sampai hari kiamat.

Allah تعالى berfirman, 

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا (64)

Robbmu itu tidak lupa.

Perhitungan (hisab) tidak menjadi patokan didalam penglihatan hilal ramadhan dan juga dalam perkara yang lain dari hukum-hukum syariat dengan kesepakatan ulama'.


Sumber Channel Telegram: Nailum Maram

Diberdayakan oleh Blogger.