Nailul Maram (Hukum Puasa Wisol)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars 24
Ms 82
Fasal Hukum Puasa Wisol untuk seseorang yang berpuasa.
Apa hukum Wisol didalam puasa?
Jumhur mengatakan ia di HARAMKAN. Wisol adalah kekhususan nabi صلى الله عليه وسلم.
Pada asalnya ibadah tiada kekhususan. Tidak boleh mengklaim kekhususan nabi kecuali dgn dalil.
"Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kalian".
"Siapa dari kalian yamg semisal dgn ku?"
Ini menunjukkan bahawa ibadah wisol ini, mmg tidak sama antara nabi dgn mereka ( para sahabat).
Sheikh Saleh al Uthaymeen menyebutkan, puasa itu ada 3 keadaan.
1. Segera berbuka setelah matahari terbenam. Ini disunnahkan, yg paling afdhal dan paling utama.
2. Mengakhirkan berbuka sampai sahur. Ini boleh tetapi menyelisihi mana yang lebih utama.
3. Tidak berbuka antara 2 hari, terus menerus menyambung. Ini HARAM kerana ini memang hanya kekhususan nabi saja.
Masaalah
Hikmah dari larangan Wisol.
Syafi'iyah - agar pelakunya tidak lemah didalam puasa dan solat dan lemah dari ketaatan2 yang lain. Menyebabkan jiwa menjadi bosan dan menjadi jemu terhadap ketaatan.
Masaalah
Wisol yang disyariatkan.
Wisol hanya boleh sampai sahur.
Menyelisihi sunnah tidak harus sampai tingkat haram ataupun makruh, terkadang sekadar khilaful aula.
Jgn kita berlebih2an. Sikit2 langsung orangnya mubtadi', orangnya maksiat dsbnya kerana menyelisihi sunnah ini bertingkat-tingkat.
Menyelisihi sunnah terkadang hukumnya sampai tingkat syirik, kadang sampai tingkat kufur, ada yg sampai tingkat bid'ah (dosa besar), ada yg sekadar maksiat (sekadar tapi tak boleh diremehkan). Ada yg khilaful aula.
Fasal
Barangsiapa yang mendapati waktu fajar dalam keadaan dia junub. Apakah puasanya itu sah?
Ini tidak membatalkan puasa. Maksudnya dia jima' sebelum subuh dan belum mandi selepas waktu subuh masuk.
Puasanya SAH.
Juga untuk wanita yg bersuci dari haid, dia sahur kemudian puasa dan mandi setelah adzan
Mandi boleh di akhirkan setelah subuh.
Fasal
Uzur2 yang membolehkan berbuka disiang hari Ramadhan.
Ada 11
1. Sakit
2. Perjalanan jauh
3. Hamil
4. Menyusui
5. Haid
6. Nifas
7. Berjumpa dgn musuh utk memerangi mereka. (Diganti kemudian).
8. Anak-anak
9. Orang gila
10. Kelemahan (tua renta @ masaalah kesihatan).
11. Khawatir akan mati kerana kelaparan atau kehausan.
Perincian
1. Orang yang sakit.
Ada dua keadaan.
Sama sekali dia tidak mampu puasa, maka dia wajib berbuka.
Dia mampu puasa, tapi dalam keadaan akan timbul bahaya dan kesulitan. Maka mustahab untuk berbuka.
Kriteria sakit yg di bolehkan disitu utk berbuka.
Sakit yg akan menyusuli puasa tadi dgn kesulitan.
Sakit yg ringan tidak masuk di kategori ini.
Kesulitan akan mendatangkan pemudahan.
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram