Nailul Maram (Lailatul Qadr)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars 25
Laylatul Qadr
Sebagaimana yang di ketahui dari hadith-hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawasanya beliau sangat menganjurkan umat untuk mencari Laylatul Qadr di sepanjang Ramadhan.
Barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya di 10 malam yang terakhir.
Barangsiapa tidak mampu, maka di malam-malam yang ganjil.
Dan barangsiapa tidak mampu maka, kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم, jangan sampai luput dari mu malam yang ke 27.
Dan الحمدلله ini adalah malam yang ke 27.
Maka kita mohon kepada Allah تعالى keberkahannya kerana kita tahu sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ibnu Bazz dan lain-lain, bahawasanya di malam al Qadr ini amal-amal soleh itu dilipatgandakan. Thoyyib.
Sebagaimana hari itu kemuliaannya satu hari dilipatgandakan menjadi 1000 bulan, kurang lebih adalah 83 tahun.
Ini adalah keutamaan yang sangat besar.
Thoyyib. Maka kita mohon kepada Allah تعالى, kurniaNya dilipatgandakannya amal soleh kita, baik itu dalam masaalah solat, ataupun dalam masaalah alquran walaupun hanya 1 ayat atau 2 ayat atau 1 juz, 2 juz.
Demikian pula dilipatgandakan amal soleh kita dari sisi thulabul ilm, kita menyempatkan untuk menuntut ilmu, dilipatgandakan, yang sekali duduk itu nilainya mudah-mudahan bagaikan duduk sepanjang 83 tahun, untuk thulabul ilm yang mana ini adalah jihad terbaik di masa sekarang ini.
Demikian pula sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah yang lain, banyak berdoa, banyak berzikir, banyak mengingat Allah سبحانه وتعالى.
Yang mampu untuk qiyamulail, memang itu bagus. Setelah selesai qiyamulail dan selesai witr, maka juga disunnahkan untuk solat-solat yang lain, solat mutlak, mungkin solat istikhorah, solat wudhu' dan sebagainya.
Dan kalau pun ini bukan malam al Qodr, tetap ini adalah 10 malam terakhir yang mana ini adalah malam yang terbaik, 10 malam yang terbaik di sepanjang tahun.
Maka amal soleh tetap dilipatgandakan. Sebagaimana kemaksiatan juga, nilainya juga di lipatgandakan, nilainya terbesar نعوذ بالله. Thoyyib.
Ms86
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram