Nailul Maram (Pembatal Puasa #4)
Nailul Maram
نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة
Untuk download file PDF klik gambar |
Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.
Dars ke 17
Ms59
Masaalah Mengambil darah untuk menyumbangkannya (derma darah).
Tidak menyebabkan orangnya berbuka. Meninggalkannya lebih utama agar badan kita tidak melemah.
Infus - membatalkan puasa, walaupun tidak masuk lewat perut atau mulut, kerana intinya menyebabkan badan kita menerima makanan. Infus menduduki posisi ghiza' bahan makanan. Contohnya gula atau garam.
Memakai celak dimata, kelopak mata bulu mata dsbnya.
Yang benar ini adalah boleh dan tidak makruh dan tidak menyebabkan berbuka.
Celak bukan makanan atau minuman.
Titisan untuk telinga. Yg sohih ia tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dianggap sebagai memakan atau meminum dan tidak menambah gizi kpd badan seseorang.
Ubat titis mata.
Dia akan merasa suatu citarasa di kerongkongannya. Dia tidak batal puasanya dgn sebab itu. Kalau sampai ke mulut kemudian dia menelannya, ini menjadi makanan.
Ubat titis hidung.
Tidak boleh kerana hidung juga saluran sampai ke perut. Saluran hidung, ini memungkinkan menjadi saluran minum. Orang yang menitiskan ubat ke hidung WAJIB mengqodho'.
Sumber Channel Telegram: Nailum Maram