Header Ads

Nailul Maram (Pembatal Puasa #5)

 Nailul Maram 


نيل المرام في تسهيل أحكام الصيام -النسخة الأخيرة

Untuk download file PDF klik gambar 



Dari Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman Hafidzahulloh.


Dars ke 18


Ms63

Makanan yang diletakkan dimulut untuk dirasa dan untuk dikunyah, tidak untuk di telan.

Boleh untuk suatu keperluan. Dikunyah untuk dimasukkan ke mulut bayi.

Kalau tiada keperluan ia makruh.

Wajib menyemburkan makanan tadi setelah tidak ada keperluannya lagi.

Sendawa. Terasa makan dikerongkongan, tidak sampai kemulut lalu ditelan. Ia tidak membatalkan puasa. Kalau terlepas ke mulut, ia batal.

Benang yg basah dikasi air ludah. Bolehkah menjilatnya lagi? Tradisi tukang jahit.

Kalau tidak ada kebasahan dibenang itu, orang ini tidak batal puasanya.

Kalau masih ada kebasahan, lalu dia menjilat benang tersebut, ada dua pendapat.

Imam Al Haromain, pendapat Sheikh Abu Muhammad al Juwaini ayahnya, ini tidak membatalkan puasa.

Pendapat kedua, pendapat jumhur, ini membatalkan puasa kerana sipenjahit tidak harus menggunakan air liur dia utk meluruskan benang tersebut. Air ludah yg terpisah dianggap benda asing.

Orang berkumur lalu menghirup air kehidung, lalu tidak terkendali dan air tersebut masuk keperut dia.

Tidak sampai membatalkan puasa apabila dia tidak menyengaja.

Penggunaan siwak untuk orang yang berpuasa. 

Siwak itu kesucian untuk mulut dan keridhoan dari Robb. 2 menafaat, kesihatan dan ridho Allah.


Sumber Channel Telegram: Nailum Maram

Diberdayakan oleh Blogger.