Header Ads

Kesesatan Sururiy (Dars 1)

Permulaan transkrip Audio KS1



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله القائل
(( وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ )) (5)

واشهد ان لا اله الا الله
وان محمدا عبده و رسوله

القائل
إنما الأعمال بالنيات. وإنما لكل امرء مانوى.
فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله. ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأت ينكحها فهجرته إلى ما هجر إليه

اللهم صل وسلم على محمد وآله اجمعين أما بعد




Allah سبحانه وتعالى berfirman,
{وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ }
(55 الانعام )
"Seperti itulah Kami memperinci ayat-ayat agar jelas mana jalan orang-orang yg berbakti dan akan menjadi jelas pula mana jalan orang-orang yang berbuat jenayah".

Dari Hudzaifah ibnul Yaman رضي الله عنهما,,
"Dulu orang-orang bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan, sementara saya sering menanyai beliau tentang keburukan, kerana saya khuatir keburukan itu menimpa diri saya". Al Hadith - dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sebahagian dari imam zaman ini, para penjaga agama ini, mereka telah menulis kitab kitab yang mengingatkan tentang Sururiyah dan menyingkap kebatilan-kebatilan mereka.


Dan dengan kitab-kitab tadi, Allah عذ وجل telah banyak menyelamatkan dari umat Islam ini dari cakar cakar dan taring-taring Sururiyah.

Akan tetapi disana ada dua jenis dari kaum Muslimin, memang mereka itu cinta kepada kebaikan, yang mana cita-cita mereka, tekad mereka dan pengetahuan mereka tidak sekuat itu untuk mempelajari kitab-kitab tebal tadi. Maka mereka mengalami suatu kesulitan untuk mengambil menafaat dari kitab-kitab tadi, kitab-kitab bermenafaat dan diberkahi. Perlu Bahasa Arab dan juga perlu tekad yang kuat untuk membaca kitab-kitab yang semacam itu.

Dua jenis kaum Muslimin ini adalah yaitu para pemula didalam belajar dan juga adalah orang-orang awam. Ini yang seringkali menjadi mangsa dari fitnah-fitnah yang ada.

(Ini ana tulis kurang lebih 10 tahun yang lalu, cuma apa, ana tambahi sedikit sedikit dgn tambahan faedah yang baru).

Salah seorang dari teman yang utama meminta saya حفظهم الله menyebutkan ringkasan dari kebatilan-kebatilan Sururiyah untuk memudahkan dua jenis Kaum Muslimin tadi, yang selalu akan menjadi sasaran dari para hizbiyun. (Sasaran untuk apa? Untuk dipengaruhi, untuk diambil wangnya, untuk ditipu dan seterusnya.)

Maka saya memenuhi permintaan tadi. Maka saya menulis risalah ini sesuai dengan apa yang dimudahkan oleh Robb ku عذ وجل.

Risalah ini sekadar hujung pen sahaja. (Kalau ingin lebih dalam ye, kembali kepada kitab-kitab para ulama tersebut. Tapi hujung pen ini إن شاءالله membantu kita untuk memahami secara global poin-poin kebatilan mereka), didalam menjelaskan tentang kebatilan para hizbiyun tadi dengan harapan ini memudahkan untuk mengetahui orang-orang tadi. (Mengetahui para hizbiyun tadi), dan untuk mengingatkan tentang pentingnya kita memperdalam ilmu, memperdalam pandangan mata kita tentang urusan fitnah-fitnah.

Dan dalam rangka untuk mendorong kaum Muslimin agar mahu merujuk kepada bantahan-bantahan kepada hizbiyun tadi, yang Allah jadikan itu sebagai salah satu sebab dari sebab-sebab keselamatan umat ini. Dan agar mereka senantiasa tegak, agar senantiasa mereka itu lurus, menjadi sebab mulianya mereka.

Berkenan untuk memeriksa risalah ini, Sheikhuna fadhil al faqeh al Zayd Jamil as Sulwi حفظه الله تعالى. (Ana sebutkan dalam catatan kaki , pemilik tahkiq-tahkiq, penelitian-penelitian dan catatan2 kaki yang sangat berharga. Pada waktu umroh kelmarin juga jumpa dengan beliau dan beliau secara khusus membahas masaalah apa, kes yang disini juga, kes yang terkait dengan tuduhan terhadap markiz dan seterusnya. Beliau berkata, kalian sabar dan kalian terus berdakwah. *Dan dakwah salafiyah itu adalah keberkahan bagi bangsa dan negara kalau mereka faham. Kalau mereka sampai menghalangi dakwah salafiyah, maka negara itu akan hilang berkah dan akan celaka. Kalam yang bagus dari Sheikhuna Jamil  as Silwi  حفظه الله تعالى* ).
Saya telah meletakkan perbaikan-perbaikan beliau kerana beliau memeriksa dan memberikan tambahan-tambahan dalam catatan kaki, terkadang ditempat keliru (kalau ada salah cetak ini dan itu.)

Demikian pula sebahagian tambahan dan faedah2 dari risalah ini, saya telah meletakkan ditempatnya dan saya menisbatkan itu kepada pemiliknya. (Kalau ini adalah dari beliau, saya sebutkan dan sebenarnya kitab ini juga telah diperiksa oleh Sheikh yang lain nanti ana sebutkan juga disitu Sheikh Muhammad al Anudi وفقه الله عنه).

(Ini asalnya memang dua orang, cuma memang ana hapus kerana dalam fitnah Rafidhah ini beliau banyak menyelisihi Sheikh Yahya sehingga ana hapus waktu itu, tapi tetap ana sebutkan namti disela sela faedah yang beliau sebutkan. Kita jujur kata ini dari beliau, ini dari beliau.)

Dalam rangka saya bersyukur kepada perhatian beliau berdua dan.curahan bantuan beliau berdua dan kesungguhan beliau berdua. Dan untuk menampakkan betapa lurusnya bimbingan mereka.
وجزاهم الله خيرا والجزاء بالتوفيق

(Ini kita baca setiap hari إن شاءالله sedikit demi sedikit)

Bab yang pertama*
Kita harus memiliki kecemburuan untuk agama ini dan menolong agama ini ketika diperlukan. (Tidak setiap hari kita membahas hizbiyyah, tapi juga kita tidak menyia nyiakan pembahasan itu. Ketika diperlukan, kita bicara, ketika tidak diperlukan kita membahas yang lebih penting).

Termasuk dari keistimewaan agama Islam, adalah memelihara kejernihan Islam ini dengan cara tanqiyah yaitu menapis agama ini daripada kebatilan-kebatilan.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
{وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ }
(55 الانعام )
"Seperti itulah kami memperinci ayat-ayat agar jelas mana jalan orang yang berbuat kebajikan dan akan menjadi jelas mana jalan orang-orang yang membuat kejahatan."

Allah عذ وجل juga berfirman, menukilkan tentang orang yang Dia selamatkan dari kerancuan-kerancuan yang ditebarkan oleh rekan dia yang musyrik,
{قَالَ هَلْ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ (54) فَاطَّلَعَ فَرَآهُ فِي سَوَاءِ الْجَحِيمِ (55)}

Dia berkata kepada sesama penduduk syurga. "Mahukah kalian untuk melihat-lihat? Kita cari teman saya yang dulu."
Maka dia mencari-cari kemudian dia melihat orang itu ada ditengah-tengah Neraka Jahim.
Maka dia mengatakan, "Demi Allah, sungguh hampir-hampir saja engkau mencelakakan diriku. Kalau bukan kerana kenikmatan Robbku niscaya aku termasuk dari orang yang dihadirkan ke dalam neraka."

Ini adalah nikmat besar kalau kita di selamatkan dari segala macam kebatilan melalui para penasihat.

Kesesatan Sururiyah:
Berkata Hasan al Basri رحمةده الله, "Wahai anak Adam, jaga agama mu, jaga agama mu. (Ini adalah apa? Istilahnya adalah taqrirun lil ighro', di ulang untuk memberikan semangat, mansub alal ighro'. "Yaitu jaga agama mu, jaga agama mu. Agama itu hanya lah darah dan daging mu, daging dan darah mu." tidak ada yang lain. (Maka kalau agama, dirimu celaka, engkau akan celaka.)

"Kalau engkau selamat, maka alangkah besar nya rihat mu, ketenteraman dirimu. Alangkah besarnya kenikmatan itu." (Ya laha, ini adalah kalimatut ta'ajubiyah). "Tapi kalau terjadi adalah yang lain, agama mu tidak beruntung, agama mu tidak selamat, maka kami berlindung kpd Allah kerana yang ada hanya lah api yang tidak pernah padam, dan batu yang tidak sejuk, dan jiwa yang tidak mati." (Disiksa tanpa kematian نعوذ بالله). Di keluarkan oleh Imamul Khirya رحمه الله di Sifatun Nifaq, sanadnya sohih.

Berkata Imam Ibnu Jama'ah رحمه الله, "Kerana Islam adalah agama yang kekal. Termasuk dari tuntutan kekalnya Islam adalah, dan dia itu lah satu-satunya yang benar, Islam itu akan menetapkan seluruh hakikat. (Tidak ada kepalsuan, tidak ada kedustaan. Betul-betul hakiki dan jujur.)
Islam itu akan menolak setiap pemikiran yang sesat atau aqidah yang rosak. (Ini Imam Ibnu Jama'ah di zaman Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah.).

Pemikiran yang sesat atau aqidah yang rosak tumbuh ditengah-tengah kaum Muslimin. (Allah akan sentiasa mendatangkan orang-orang yang membersihkan agama kaum Muslimin.). Atau juga menolak setiap aliran yang sesat.(Aliran agama), yang di hindari, di jauhi oleh aqidah Islam. (Tidak sesuai dengan aqidah Islam), dan aqidah-aqidah Islam yang lain. (Islam bukan hanya membahas tentang Allah dan sifat-sifatNya tapi juga membahas tentang nabiNya, kitab suciNya, membahas aqidah kepada pemerintah, aqidah tentang orang yang berdosa bagaimana hukumnya. Itu semua adalah aqidah Islamiyah. Juga apa? Aqidah kaum Muslimin.

Dan Islam itu berusaha untuk menebarkan cahayanya, melimpahkan cahayanya kepada hati-hati manusia semuanya. Yaitu apa? Semangat untuk berdakwah, mengajarkan yang benar, dengan seizin Allah تعالى. ( Selesai dari kitab Idhohud Dalil punya Imam Ibnu Jama'ah).

Dan apabila para pembela kebenaran itu menjadi lesu, menjadi malas, menjadi melemah, yaitu apa? Mereka menjadi lemah ketika, untuk memperingatkan umat dari keburukan, maka ahli batil akan menjadi bersemangat di dalam menyebarkan kebatilan-kebatilan mereka.
Lalu kebatilan tadi akan merusak agama umat ini.

Firman Allah تعالى,
{وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ (251)}
Kalau bukan kerana penolakan Allah, (sebahagian orang ditolak. Allah jadikan untuk menolak sebahagian yang lain), niscaya akan rosaklah bumi.
Tetapi Allah memang memiliki kurnia kepada alam semesta.

Jadi adanya para ulama kita yang rajin memperingatkan terhadap kebatilan, ini adalah karunia dari Allah.*

*Kita, tugas kita membantu menyebarkan ucapan-ucapan mereka.

Kesesatan Sururiyah:
Berkata Imam Ibnu Utaibah رحمه الله, "Kebatilan itu menjadi kuat hanyalah apabila engkau melihatnya lalu engkau mendiamkannya. (Kita diam, mereka akan semakin berani.) Selesai dari kitab al Ikhtilaf fil Lafad.

Berkata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله , "Setiap kali melemah orang yang menegakkan cahaya kenabian. (Kenabian diwariskan kepada apa, ilmunya diwariskan kepada para ulama).
Ketika ulama semakin melemah, kerana meninggal atau sakit atau pergi dan juga apa, para pembantunya juga melemah, maka bid'ah menjadi menguat. Selesai dari Majmu' Fatawa.

Berkata Imam Ibnu Bazz رحمه الله , hanyalah ahli batil itu berkerja dan bersemangat ketika ilmu itu menjadi tersamarkan. Kejahilan itu semakin tersebar. (Orang jadi tidak tahu, mana hak mana batil, ahlul batil bersemangat).
Dan kosongnya medan dakwah ini dari orang yang mengatakan قال الله وقال رسول. (Tentunya bukan hanya mengucapkan lafadznya tapi juga apa, menjelaskan makna-maknanya dan mengamalkannya dan juga apa, kaedah-kaedahnya).

Ketika itulah, mereka menjadi ganas, bagaikan singa, menjadi ganas, melawan yang lain. Dan bersemangat untuk menebarkan kebatilan mereka kerana tidak adanya orang yang mereka takuti dari kalangan para pembela kebenaran, para pemilik keimanan dan pemilik ilmu yang mendalam. Selesai dari Majmu Fatawa Ibnu Bazz.

Dan berkata al Allamah Muhammad ibnu Basyir al Muallimi رحمه الله, "Kewajiban orang yang alim didalam agama ini, dia bersemangat untuk menyebarkan hidayah, ketika orang-orang yang sesat itu bersemangat, menjadi rajin.

Dan bersegera untuk menolong kebenaran. (Kewajipan orang alim). Setiap kali dia melihat kebatilan, dia langsung menggulingkannya, memerangi kebid'ahan, keburukan dan juga kerusakan sebelum keburukan itu semakin berkembang, sebelum dia memanjang kemana-mana dan mencapai puncak kekuatannya, sebelum orang-orang menjadi terbiasa dengan keburukan tadi. Lalu menguat lah akar-akarnya di dalam jiwa. (Kalau sudah seperti ini, susah). Dan ini susah untuk dicabut kembali. Selesai dari al Atsar.

Wajib para hamba Allah untuk berani, menolong agama Allah, dijalan Allah dan bertawakkal kepada Allah di jalan Allah.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
{الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا (39)}

Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada Allah dan tidak takut kepada seorang pun kecuali Allah. (Kepada suatu dzat pun kecuali Allah). Cukup Allah sebagai penolong.

Kesesatan Sururiyah:
Berkata Imam Ahmad ibnu Muhammad ibni Hanbal asy Syaibani رحمه الله, haddatsana Muhammad ibnu Ja'far dia berkata, haddatsana Syu'bah, dia berkata, dari Abi Salamah sesungguhnya dia, dari Abi Said al Khudri رضي الله عنه, dari nabi صلى الله عليه وسلم, "Jangan sekali-kali menghalangi salah seorang dari kalian, rasa takut kepada manusia untuk mengucapkan yang benar, jika dia melihat itu atau mengetahui itu". Di riwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sohih.

Ketika keterangan-keterangan itu disembunyikan, sementara orang sedang sangat memerlukan keterangan tadi, maka kebenaran makin semakin asing. (Orang tidak tahu mana yang benar. Dianggap yang bicara itu yang sesat. Kenapa? Kerana selama ini kebenaran disembunyikan. Orang tidak tahu. Dan sunnah yang sebenar akan menjadi semakin luntur. اعوذ بالله (Ini akibat dari menyembunyikan keterangan).

Berkata Imam Ibnu Wazir رحمه الله تعالى, "Ada dua perkara yang menyebabkan kebenaran itu tersamarkan dan tersembunyi.

Yang pertama, yaitu rasa takut orang-orang yang tahu. (Dia tahu tetapi dia takut.) Walaupun memang mereka itu sedikit. Sudah sedikit semakin takut. Lupa kepada Allah تعالى.
Takut kepada ulama' yang jahat. (Memang jumlah mereka banyak), dan para penguasa yang jahat.

Takut kepada syaitan-syaitan para makhluk. (Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.) Walaupun memang taqiyah itu boleh, tapi ketika apa? kita dalam bahaya. Kalau sekadar diejek, ini bukan alasan untuk diam.

Memang alquran menetapkan boleh taqiyah ketika khawatir jiwa kita terancam, dan ini sudah kesepakatan kaum muslimin.

Dan terus menerus rasa takut itu memang menjadi penghalang untuk menampilkan kebenaran. Dan memang senantiasa para pembela kebenaran itu menjadi musuh bagi kebanyakan makhluk. (Justeru dia yang dimusuhi). Kenapa? Kerana kebanyakan orang tidak tahu. Selesai dari kitab Isaril Haq al Kholaq.

Berkata Imam Muhammad ibnu Amir As Son'ani رحمه الله تعال , "Sungguh menjadi fardu ain untuk menyebar luaskan sunnah-sunnah. (Termasuk sunnah adalah apa? Membicarakan yang haq dan menentang kebatilan. Dan memberitahu orang yang tidak tahu. Mengajari orang yang jahil tentang apa yang tidak dia tahu. Dan mengajari dia tentang masaalah-masaalah syariat. (Syariat bukan hanya masaalah apa, masaalah rukuk dan sujud atau masaalah haid dan nifas. Syariat bahkan yang lebih besar lagi *adalah menjaga kesucian manhaj dan kekokohan aqidah.*).

Dan tidak boleh sunnah itu ditinggalkan kerana takut orang itu tidak tahu. (Orang tidak tahu bererti kita semangat memberitahu. Kita dapat pahala apa, ilmu dan pahala menghidupkan sunnah.).

Dan tidak lah sunnah-sunnah itu mati kecuali dikeranakan takutnya para ulama kepada orang jahil. (Harusnya ulama' yang pemberani sebagaimana yang paling alim yaitu Rasulullah adalah orang yang paling berani.).

Dan sekadar takut pada orang jahil, ini bukan uzur kerana Allah telah memerintahkan untuk menyampaikan syariat-syariat. Bukan berarti dalam sekali pertemuan, kita sampaikan semua. Dari A sampai Z, dari ا sampai ي, atau dari huruf-huruf yang lain, kalau ada, tapi apa, secara bertahap. Bukan dengan niat menyembunyikan. Tapi bertahap-tahap. Selesai dari Al Uddah.

Barangsiapa sengaja tidak mahu menolong kebenaran, sengaja tidak mahu melawan kebatilan, padahal dia tahu dan dia mampu, padahal sedang diperlukan oleh umat, dengan alasan oh saya sibuk dengan berbagai macam kesibukan. (Ini untuk orang yang tahu dan mampu, tapi apa, alasan saya sibuk ini, sibuk itu), dikhuatirkan dia mengalami ini kerana apa, lemahnya kecemburuan dia untuk Allah. Masaalah sedikitnya kecemburuan). Ini adalah dalil tentang lemahnya agama orang ini. (Walaupun ilmunya banyak.).

Dia tidak mengambil menafaat dari usaha dia dalam menuntut ilmu. Padahal dia telah mendengar contohnya hadith Mughirah,
قال قال سعد ابن أبادة، "لو رأيت رجلا مع إمرأة
"Seandainya saya melihat seorang laki-laki ada bersama isteri saya, (yaitu apa, berduaan, dan semacam itu), niscaya saya akan memukul dia dengan pedang di bagian yg tidak tajam." (Yaitu bagian yang tumpulnya). Thoyyib.

Ucapan ini sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Rasulullah bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Saad? Demi Allah, benar-benar aku lebih cemburu daripada dia. Dan Allah lebih cemburu daripada aku". Dan dikeranakan kecemburuan Allah, Allah mengharamkan kekejian-kekejian, yang nampak dan yang tidak nampak. Muttafaqun alaih.

Kecemburuan kepada isteri, ini adalah terpuji. Maka bagaimana dengan kecemburuan untuk agama Allah. (Mana yang lebih besar? Hak Allah lebih besar daripada hak keluarga kita.)

Kenapa orang ini? Padahal dia tahu dan mampu, tak bergerak untuk menolong, untuk membela agama Allah. Padahal dia telah membaca firman Allah تعالى,

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ

Katakanlah kepada mereka, kalau ayah-ayahbkalian, nenek moyang kalian, anak-anak kalian, saudara-saudara kalian, isteri-isteri kalian, dan juga sanak kerabat kalian,

وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا
Harta dan yangbkalian usahakan. Dan permiagaan yang kalian khawatirkan kerugiannya,

وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا
Dan tempat tinggal yang kalian sukai,

أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِ
Ternyata lebih kalian cintai daripada Allah dan rasulNya dan jihad dijalanNya. (Jihad bukan bererti meletupkan gedung-gedung atau meletupkan KLCC, maksudnya adalah menolong agama Allah dari pengotoran-pengotoran.

فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ
Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan urusanNya.

وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (24)
Allah tidak membimbing orang yang fasik.

Ini menunjukkan orang yang tahu kebenaran dan mampu menolong kebenaran tapi diam, dia adalah fasik.
Ketika diperlukan dan tidak mahu.

Sumber Channel Telegram: kesesatan_sururiyah
Diberdayakan oleh Blogger.