Kisah dusta di dalam Manaqib Sheikh Abdul Qadir al Jailani
Faedah dari dars Tafsir al Qur'an.
Ketika Sheikh Abdul Qodir diminta oleh sebahagian orang, untuk menahan Malakul Maut dari mengambil nyawa seseorang, kerana orang itu masih diperlukan keluarganya.
Maka Sheikh Abdul Qodir pun terbang menghadang Malakul Maut yang membawa kantung nyawa itu, meminta agar nyawa sifulan dikembalikan. Malakul Maut tidak mahu maka terjadi perkelahian, peperangan antara Sheikh Abdul Qodir dengan Malakul Maut.
Ini kisah dari awal sampai akhirnya berisi banyak kekufuran dan kesyirikan.
Bagaimana Sheikh Abdul Qodir yang katanya sebagai wali itu, dan memang beliau wali Allah tapi dari ahlussunnah, bukan dari kalangan orang-orang Sufiyah. Cuma kisah di palsukan.
Bagaimana yang beliau itu wali Allah, yang mendengar dan taat kepada Allah, tapi justeru menentang perintah Allah untuk, yang diberikan kepada Malakul Maut. Bagi yang sudah mati, mati. Yang masih hidup maka Malakul Maut tidak akan mencabut nyawa dia. Ini namanya menentang taqdir Allah.
Kemudian kerana dahsyatnya peperangan dan perkelahian di antara mereka berdua, maka kantung tadi sampai lepas dari Malakul Maut. Menunjukkan betapa gigihnya Sheikh Abdul Qodir dan betapa susahnya Malakul Maut menghadapi Sheikh Abdul Qodir sampai kantung itu lepas. Kerana lepas maka talinya terbuka. Akibatnya nyawa-nyawa pun berterbangan, banyak yang kembali ke orang yang sudah mati. Ini kisah yang ajaib.
Di Indonesia terkenal. Barangsiapa yang membacakan Manaqib Sheikh Abdul Qodir di hadapan orang yang sakit, maka sakitnya akan sembuh. Ini aqidah yang rosak seperti ini.
Tapi yang benar apa, Allah menjadikan bahawasanya orang yang sudah mencapai ajalnya, tidak mungkin dia kembali lagi ke dunia kecuali untuk apa, Allah تعالى mendatangkan mukjizat membenarkan, menguatkan serta mengukuhkan kenabian sebagian nabi seperti yang ada disini, yaitu apa, Nabi Musa عليه السلام dan seperti yang إن شاءالله akan kita lewati tentang apa, kisah Nabi Uzair kalau betul namanya Uzair dalam kisah tersebut dan juga seperti dalam kisah nabi Ibrahim, dan juga dalam kisah nabi Isa, untuk menolong dan membantu nabiNya bukan agar nabiNya di kultuskan dan bukan pula agar nabiNya itu didustakan tanpa mampu menampakkan keajaiban dan seterusnya.
Jadi Allah lah yang mengatur itu dan menetapkan itu. Wali tidak ada urusan sedikit pun dalam masaalah ini.
Thoyyib, sampai disini disebutkan penafsiran yang disebutkan oleh Imam as Sa'di
Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz