Header Ads

MANGKUK PENGOBATAN BERTULISKAN AYAT AYAT ALQUR'AN

MANGKUK PENGOBATAN BERTULISKAN AYAT AYAT ALQUR'AN



Pertanyaan :
حتى حسن
RIWAYAT 1
Imam Ahmad b. Hanbal pernah menjelaskan bahawa Al-Quran itu apabila ditulis pada sesuatu dan dibasuh serta diminum airnya, tiadalah ditegah ; malah dibolehkan seseorang menuliskan Al-Quran pada sesuatu bekas kemudian diberinya minum kepada pesakit, begitu juga dibacakan Al-Quran ke atas sesuatu, kemudian diminum atau dimakan, semuanya tidaklah mengapa ataupun dengan membacakan Al-Quran di atas air kemudian dipercikkan ke atas pesakit, juga menuliskan ayat dan diberi minum kepada perempuan yang susah bersalin.

(Kitab Tib An-Nabawi : Asyamsi Ad-din: Ibnu Qayumul Juziah :m/s 138 )

RIWAYAT 2
Pengarang kitab “At-Tibbun Nabawi” menulis :
“Apabila sebahagian Ayat Al-Quran yg tertulis itu mempunyai manfaat (guna) dengan izin Allah Ta’ala, maka janganlah lagi ada keraguan kamu terhadap Kalamullah Ta’ala

Berminat ?
👇
wassap.my/60133410600/Saya+Nak+Mangkuk+Ayat+Qursi

RIWAYAT 3
“Barangsiapa menuliskan surah Yaasiin dan kemudian meminumnya adalah masuk ke dalam hatinya seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu hikmat dan seribu rahmat. Juga keluar dari dalamnya sekalian penyakit dan kejahatannya selain memperoleh hikmat dan rahsia-rahsia alam daripada Allah s.w.t ”

(Kitab Al-Dar Al-Nazim : Al-A’lamah Abu Muhammad Abdullah : m/s 102-103)

RIWAYAT 4
Imam Jalaaludian As-Suyuti dalam kitabnya “Al-Itqaan” menulis :
Imam An-Nawawi di dalam kitab Syarah Al-Muhadzdzab menyentuh tentang hukum menuliskan Al-Quran pada suatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit menurut kata Hasan Al-Basri , Mujaahid, Abu Qilaabah dan Al-Auza’i : tidaklah mengapa (dibolehkan).”
Jadi, pada mazhab kita As-Syafi’i adalah harus kerana Al-Qaadhi Husain dan Al-Baghawi dan lainnya berkata :
“Jika dituliskan Al-Quran pada manusia atau makanan , maka tidaklah mengapa memakannya .”

(Kitab Khazinatu Al-Asrar : Assayyid Muhammad Haq’ Al-Nazali : m/s 67 )

RIWAYAT 5
Diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat sehingga dia hampir-hampir berputus asa untuk menggubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskannya sehinga pada suatu malam dia bermimpi menghadap Nabi s.a.w lalu dia mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w . lalu Rasulullah pun bertanya :

“Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat Asy-Syifaa(penyembuh)?”

Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat tersebut pada enam tempat dalam Al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya, maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta merta.

(Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni :m/s 93)
-------------------
Jawaban dengan memohon pertolongan pada Allah ta'ala :


( Dijawab Oleh : Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله )
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAddailamiy
Diberdayakan oleh Blogger.